Followers

Korang Potong Kuku Hari Apa?

Assalamualaikum & morning peeps :)
nak taip entry b4 pergi kelas kul 8 jap lagi...

back to the topic, hari apa korang potong kuku?
mesti korang taw kan ada hari tertentu yang boleh potong kuku...
jom baca =D

Rahsia Potong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.


korang dah bacakan...
so, jangan potong kuku sembarangan hari oke :)

untuk info lebih lanjut : SUMBER

4 comments:

Pen Biru said...

biasanya hari jumaat.tapi kalau keadaan memaksa, hentam sj la hari apa pun..hehehe

Cik Jannah said...

jannah biasa potong hari jumaat. ikut sunnah . hee :)

Azhafizah MN said...

rasa macam nak potong hari hari sebab rimas bile kuku panjang sikit.selalunya potong 3kali seminggu..tak tangok pulak hari pe..lepas ni kene potong hari isnin dan jumaat je kan.

Cik Puan Muda Umi said...

kadang2 try simpan nk potong hari jumaat tapi selalu miss..last2 potong je hari apa pun,rimas punya pasal..hehe..;)