Followers

Ubi Kayu dan Musim Hujan

Assalamualaikum (。❤‿❤。)

sekarang ni musim hujan kat negeri2 pantai timur kan.
aku tengah menaip ni pun dalam keadaan hujan yang lebat.
tapi aku bersyukur sebab rumah x pernah naik air, maksudnya banjir la kan.

bila dah hujan, of course la sejuk dan lapar kan...
bagi orang kampung macam aku ni, makanan yang sinonim time musim hujan mesti la ubi kan.
memacam ubi yang boleh dapat.

tapi aku lagi suka ubi kayu bakar, sangat la sedap oke (≧◡≦)
tapi yang nak membakarnya yang susah tu.
aku suka bakar dalam bara api, bakar kayu pastu sumbat ubi dalam tu, tak payah balut dengan apa2 pun, campak je dalam api tu.

google

aku ingat lagi, time tu aku dgn kakak2 and adik2 aku tgh gotong royong la konon, pastu bakar kayu2 yang xnak digunakan.
pastu kitorang terinagt ada ubi kayu, so kitorang start la proses bakar kayu ubi sambil buat keje.

aku ni sibuk dok bakar yang org lain punya sampai aku punya aku lupa nak ambik, lama giler dok dalam bara api tu.
time bara nak abis tu baru teringat aku punya belum ambik lagi.
bila dah keluarkan dari bara api, rupa dia dah macam arang, haha

google
lagi hitam dari ni sebab lama sangat kan.
tapi bila buka, isi dalam sangat la sedap, memang masak betul, lembut putih gebu.
heeee, x sia2 dok lama2 dalam tu.
kulit dia je hangus, isi dalam mantop kot, hahaha

maybe sebab kulit ubi kayu tebal kot, tu yg x terjejas isi kat dalam.
korang patut cuba, memang sangat sedap.

korang suka makan apa kalau time musim hujan?
oh ya, nak mintak tolong klik sini ye :) -------> http://bit.ly/RXLJmV


p/s last entry for 2012 :)
Happy New Year Bloggers (◕‿◕✿)

Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?

Assalamualaikum (◕‿◕✿)

klik untuk menjoinkan diri

ini adalah contest dari salah seorang blogger yang sangat awesome lagi hensem, eh hehehe
nama dia MK SYAHIR :)

untuk contest ni, aku boleh bagi pendapat, kritikan, pujian dan jugak kutukan secara bebasnya, hehehe....
so apa lagi, ini la masanya kan nak bagi pendapat kat blog orang lain secara terbuka even blog sendiri x terurus dengan betul (-'_'-)

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

hai MK, ni pendapat aku je. jangan makan hati limpa usus bagai pulak ye :P
ummm, mula-mula sekali pasal header.
design header dah ok, tapi warnanya kurang menyerlah sebab semua warna gelap.
lagi pun, background header dengan backgraound blog dah sedia maklum gelap so apakata ceria kan sikit bab header tu.

aku faham sebagai lelaki, macam tak kisah dengan warna dan warna hitam sesuai dengan jiwa lelaki kan.
takkan nak letak pinky pinky gitu kan, nanti jadi macam iolls pulak yang suka pink ni (◕‿-)
warna merah or hijau ok apa kan, just my suggestion, hehe

lepas tu, yang part tab tu, yang ada 'home' 'myself' semua bagai tu, apa kata letak warna terang sikit supaya orang tak terlepas pandang dan besar kan sikit tulisan untuk part tu.

part widget2 tu, aku rasa tak ada masalah.
tersusun indah dan rapi gitu, hehehe

dari segi entry2 MK, aku suka sebab ada yang lawak, ada yang memberi info yang aku dan orang lain boleh guna.
teruskan dengan entry2 anda itu, I'll support u.

itu sahaja lah komen dan pendapat aku untuk blog MK.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

korang wajib join contest ni sebab hadiah2 sangant awesome giler, giler pun x awesome macam ni (∩▂∩)
hadiah2 nya adalah ~~~

*bunyi gendang*
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ 
- Semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist special di mksyahir.com

- Tempat Pertama - Wang Tunai RM 150

- Tempat Kedua - Wang Tunai RM 100

- Tempat Ketiga - Wang Tunai RM 50

- Tempat Keempat - Wang Tunai RM 30

- Tempat Kelima - Wang Tunai RM 20

- Tempat Keenam Hingga Kesepuluh - Wang Tunai RM 10

- Top Referrer 1 - Wang Tunai RM 50

- Top Referrer 2 - Wang Tunai RM 30

- Top Referrer 3 -  Wang Tunai RM 20

- Jumlah Hadiah - RM 500 Tunai

- Hadiah boleh ditukar kepada TOPUP Maxis, Celcom Atau Digi
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ 

dah tengok hadiah mesti terus nak join kan kan kan...
mana taw menang hadiah pertama boleh beli baju raya haha



"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome 
 ☛ hyebro.com
 fuh.my
 phat.my

dan di adili oleh 


☆:*´¨`*Good Luck Bloggers and Happy New Year*´¨`*:.☆

Aktiviti sepanjang cuti sem

Assalamualaikum (◕‿◕✿)

sempena nak masuk sem baru ni kan, aku nak bagi taw apa aktiviti aku time cuti sem ni :P

aktiviti aku x banyak pon time cuti sem ni, dok rumah je sebab kawan2 aku semua x cuti, adea yang busy dengan keje, sedih kan (╥_╥)

aku jadi babysitter je, jaga anak2 buah aku yang nakal tahap paling tinggi, sengsara jaga dorang, kita marah dia, dia pi marah kita balik. ni lah nasib jadi mak sedara yang ada anak2 buah macam ni  (¬_¬)

Aina Syaqina - 3 tahun

Aina Nisa - 6 tahun
yang paling bongsu, Abie Karamie umo setahun, x jumpa carik gambar hehehe.
dorang la yang aku jaga, even nakal ke hape aku sayang jugak dorang ni.
xde dorang memang sunyi la rumah.

cuti sem sebulan ni, 3 kali je aku kuar rumah hahaha
sangat baik aku kan (∩▂∩)


Tumit Kaki pon kena jaga :)

Assalamualaikum (◕‿◕✿)

mesti ramai yang alami masalah tumit kaki merekah kan.
tumit merekah ni ada beberapa punca, antaranya :
berdiri terlalu lama
kasut yang tidak sesuai
menghidapi penyakit kulit

Kali ni aku nak share pasal penjagaan tumit kaki.
 senang je...
x payah nak keluarkan duit pun, barang2 yang diperlukan mesti ada kat rumah korang punya.


untuk memiliki tumit yang cantik macam gambor kat atas tu, korang cuma perlukan berus gigi yang dah tak digunakan lagi.
jangan korang guna untuk dua2 pulak, tumit dan gigi, hahaha :P
kalau korang kayo, beli je la yang baru kan.
eh, tadi cakap x payah keluarkan duit...

pastu korang perlukan ubat gigi.
takkan kat rumah xde ubat gigi kot, korang gosok gigi guna apa? ubat nyamuk ke?

dah macam nak ajar gosok gigi pulak, kena ada berus gigi dgn ubat gigi kan.
tapi kalo korang nak guna berus lain pon boleh, berus kain ke, hehe

caranya senang je, time korang tengah mandi tu korang sapu ubat gigi kat tumit pastu korang gosok guna berus, tapi kena buat selalu la baru ada kesan.

kalau buat sekali dua je, jangan mimpi la nak ada kesan kan.

aku dah pernah cuba,  alhamdulillah memang berkesan...
kawan aku pun cuba, dia pun cakap menjadi :)

petua ni kawan aku yang bagitaw time kitorang dok hostel dulu.
time tu kitorang tengah mandi sama2, opsss hahaha :P

cara lain pon ada kot, pandai2 la korang google ye :)
kalau nak senang, guna cara ni je la hehehe...

selamat mencuba korang dan semoga berkesan (●*∩_∩*●)

I Love U  (。❤‿❤。)

Cik Lyeen's Giveaway

Assalamualaikum (●*∩_∩*●)

tadi time blogwalking, aku terjumpa satu GA kat blog Ena.
disebabkan aku dah lama x join GA dan disebabkan aku boring sangat sekarang, aku decide nak join GA by Cik Lyeen...

dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, jom kita join GA ni (◕‿◕✿)

click banner to join :)
Syarat2 untuk korang join GA tu ada kat SINI

Jom lah ramai2 pakat join GA ni, mana taw kan rezeki korang.
lagi pun tarikh tutup GA ni lambat lagi uolsss :P
31st Dec 2012 *my friend birthday

and of course uolss tertanya tanya apakah hadiah nya kan kan kan?
kalau tgk hadiah2 ni mesti korang pun nak join tanpa segan silu :P

HADIAH-HADIAH
Tudung Bawal Balqis/Roses
Syria Balqis/Roses
Shawl Half Moon Sakura
 Shawl Tiara
Shawl Sophie
Tudung Chiffon
Tudung Bawal Pelangi
Tudung Bawal Checkers
Tudung Bawal Beads/Buttons
Tudung Bawal Printed
Syria Chiffon 
Pashmina
Inner

kalau nak tgk gambar2 hadiah boleh tekan GAMBAR

aku nak kongsi GA ni kat 





semoga aku dapat salah satu hadiah tu, amin (◕‿-)

Istanbul Aku Datang vs Budak Pailang

Assalamualaikum  (◕‿◕✿)


cite ni dah lama, tapi aku nak cite jugak.... and I know u will read this, right? haha. ni sebelum aku balik cuti sem lagi, time ni tengah final. lagi pun aku ada dua paper je untuk final sem ni, hahaha, jeles x   sebab tu aku boleh suka hati keluar tu haha

ada sorang hamba Allah ni, aku kenal dia pun melalui alam maya ni jugak. dah lama kenal dia, tapi dalam ni je la, pastu tetiba dia ajak aku keluar. aku pun agak kepelikan di situ ye. dia ni dok kemaman, so dekat jela dengan kuantan tu kan. 

mula-mula dia call aku, tapi aku luap nak save no dia. 

Dia : Hello, assalamualaikum ila.

Aku : Waalaikumussalam, sape ni?

Dia : Haih, xkan x kenal dah kot. Xpe la kalau dah x kenal. bye...

Aku : Okbai... 

Dia : eh eh kejap, xkan x kenal kot?

Aku : x kenal la, kalau kenal buat apa tanya. 

Dia : garang betul. (pastu dia bagitaw nama dia)

Aku : owh, cakap la awal2, hurghhh !

Dia : awak free x esok? saya nak ajak awak teman saya jalan2 kat kuantan.

Aku : ummm, entah la. nanti kalau saya free saya bagitaw awak nanti. rasanya esok ada kelas la.

time ni aku memang x sure lagi lecturer aku tu nak buat kelas ke x, sebab dia pun tengah x sihat. lecturer aku tu banyak kali ambil cuti sebab dia selalu sakit, sebab tu dia buat kelas time exam.

Dia : kalau x boleh cakap je la x boleh. saya xnak awak bagi harapan kat saya. kan saya tunggu2, nanti awak cakap x boleh. lagi saya sakit hati.

Aku : suka hati awak la, k la, bye.

dalam pukul 9 malam dia mesej aku, tanya aku dok buat apa. pastu minta maaf pasal hal tadi la, bla bla bla... aku layan kan je la. aku balas mesej dia pun lambat2 sebab aku dok main game, hhahaha... sape suruh kacau aku main game, last2 aku x balas terus sebab terlupa :P 

kul 2 pagi kalau aku x silap, time tu aku tgh siap2 nak menidurkan diri, tetiba fon aku menjerit. dah dok tepi telinga aku, memang terkejut la. pukul 2 pagi kot, semua dah tido, mana x terkejutnya. rupanya dia yang call. aku rasa macam nak ketuk2 je dia guna fon besi aku ni 

dia cakap dia dah kat kuantan, tapi jap lagi nak balik kemaman. dia tanya aku lagi aku free ke x. aku jawab la aku free sebab lecturer aku mesej dia cakap nak buat lusa pulak. aku pon setuju nak kuar dengan dia sebab aku pon dah seminggu x kuar dari kolej kesayangan aku tu =.=

Dia : awak nak kuar pukul bape esok?

Aku : x kisah la, saya ok je pukul berapa.

Dia : awak la set time, kalau awak cakap kul 9, saya nak gerak kul 8 dari kemaman.

Aku : pukul 12 la, xnak la pagi sangat.

Dia : ok, esok nak pergi mana?

Aku : esok je la tanya. saya dah nak tido ni.

Dia : ok, sorry ganggu. bye.

pukul 10 pagi esoknya, aku mesej kawan aku nak suruh dia hantar pi bandar kejap. aku xnak budak tu datang ambik aku sebab dia x kenal kolej aku kat mana, kan satu hal pulak aku nak kena bagi arah tuju.

kawan aku cakap tgk dulu sebab kete dia ada org guna. pastu aku mesej lagi sorang mintak tolong, dia cakap dia bz. kalau kul 2 boleh la. pastu aku tunggu je la kawan aku yg tadi sebab dia cakap maybe org tu guna sampai kul 12 je.

tunggu punya tunggu, end up nya budak tu jugak yang datang ambik aku. tu kira first time la aku jumpa dia. dia cakap dia naik kete viva. aku memang ada nampak viva kat depan tempat yang aku tunggu tu, tapi x sangka dia sebab cepat sangat sampai.

pastu dia mesej "cepat la comel, dari tadi saya tunggu". aku pun buat muka selamba masuk kete dia. dia ni punya la banyak cakap, dok cite pasal adik dia la, itu la ini la. aku hanya jawab, ohhh yeke, ummm, owh patut la. tu je, aku xtaw nak cakap apa, haha....

dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap la x kisah sebab dia yang bawak kete. pastu dia cakap nak pergi megamall, aku pun ikut je la. tapi satu je yang aku x suka megamall kuantan tu, time nak masuk parking kena lalu jalan pusing2 tu. sangat x suka.

time aku kuar dengan dia, aku pakai baju kurung, sebab kolej aku memang mewajibkan pakai baju kurung kalau nak outing. dia cakap aku sopan je pakai baju kurung, bunyi macam sindir tapi dia cakap dia suka. ah lantak dia la, yg penting aku tutup aurat, hahaha

sampai je sana, dia cakap dia lapar. so aku teman la dia makan, aku pun makan la jugak. time tgh tunggu makanan sampai, ada sorang kawan dia datang, org cina. aku buat2 tgh mesej time tu, dorang pulak seronok dok berbual dan aku macam tunggul je kat situ. sampai la makanan habis baru kawan dia blah.

lepas makan, dia ajak tengok wayang. dia ajak tengok Budak Pailang. tapi aku xnak, aku x suka cite macam tu. cite macam apa je...

Dia : awak nak tengok Budak Pailang x?

Aku : eiii xnak la. x minat la.

Dia : habis tu nak tengok cite apa?

Aku : macam xde cite best je. xyah la tengok wayang. tapi Istanbul Aku Datang tu macam best je.

Dia : ummmm

pastu dia terus pergi beli tiket, aku ingat dia nak beli tiket Budak Pailang, dalam hati aku cakap memang aku tido la kalau tengok cite Budak Pailang tu. Dia datang bawak tiket, dia suruh aku pegang, aku tengok tajuk kat tiket tu Istanbul Aku Datang, aku tanya dia nape beli cite ni. dia cakap kakak yg jaga kaunter tiket tu cakap cite ni best, sebab tu dia beli. whatever la, tapi nasib baik jugak, haha

cite tu start lagi sejam, so kitorang turun bawah balik pergi kat jualan buku sebab ada sale kat kedai buku Popular. tapi bukan dalam kedai, dorang buat kat ruang legar dalam mall tu. aku pun beli buku jugak, harga sebenar RM30 tapi less sampai dapat RM5.90. murah kan,,,,

dia ajak pi main game kat atas, aku pun ikut la. dia tukar coin sampai RM10, sape la nak main banyak tu. dia suruh aku habiskan, dia suruh aku main game2 yang ada kat situ. aku pun ajak dia main satu game tu, tapi aku lupa nama dia. tapi dia yg menang, aku ingat dia x reti main =.=

pastu dia nak tunjuk hebat, dia pi main tumbuk2 ala2 bertinju kot. tapi dia dapat sikit je markah, alasan dia, dia dah lama x main, hahaha. pastu aku ajak dia main tembak2, mula2 dia xnak, pastu aku cakap sape suruh tukar coin banyak sangat. last2 dia main jugak tembak2 alien tu, tp dia kalah, aku yang menang yeay !

pastu apa lagi entah kitorang main, sedar2 lagi 5 minit wayang nak start. nasib baik tempat game tu dekat je dgn wayang. dia pilih seat paling atas, apa la dia ni, haih... tapi best jugak taw. dia cakap dia x suka cite2 macam ni, tapi aku dgr suara dia la yg paling kuat bila gelak dalam panggung tu.

wayang dah habis, aku ajak dia balik sebab dah kul 6, aku kena masuk sebelum kul 7, dia suh aku tunggu kat bawah lepas tu dia call dia cakap dia lupa letak kete kat mana. sewel betul mamat ni. aku cakap aku nak naik, sebab aku ingat. dia cakap xpe la sebab dia dah jumpa padahal x pun. lama jugak aku tunggu kat bawah tu.

dalam kete, dia buat pengakuan, haha... dia cakap dia memang datang sini nak tgk cite Budak Pailang dengan aku, tapi aku dah x suka, dia terpaksa tgk cite lain. kesian pulak aku dengar. dia cakap balik ni dia nak ajak adik dia pi tgk kat Mesra Mall pulak, hahahah

otw balik tu, dia sibuk dok mesej. aku x heran pon. pastu ada sikit pergaduhan berlaku kat situ, hahaha... lawak pon ada bila pikir balik geram pon ada jugak 

Dia : pompuan ni dia memang suka mengarah ngarah orang eh?

Aku : yeke? ntah la, saya pon x pasti. tapi saya bukan macam tu kan.

Dia : eleh, awak pon sama la. awak nak kuar time tu la, awak nak pergi sana la.

Aku : ewah ewah, bukan awak ke yg suruh saya set time. tadi saya tanya awak nak pergi mana awak cakap ikut saya je kan, tapi awak jugak yg pergi megamall tu, saya x suruh pon (panjang lagi aku membebel, aku pon x ingat apa dah)

Dia : ok ok, saya xnak gaduh. sekarang ni saya nak hantar awk dengan selamat je ok.

Aku : haaaa taw pun salah.

Dia : yela2 saya salah.

aku memang garang dan aku memang suka melawan. tapi bukan dengan parents aku la. kalau tanya kawan2 aku, mesti ada je benda yang aku nak lawan even aku salah, hahaha. tapi aku xde la lawan cakap betul2 sebab aku taw aku salah, aku just nak buat kawan2 aku hangin je... last2 dorang pon malas layan aku haha :P


penatnya menaip panjang2 ni, tapi best jugak. kalau aku baca balik mesti gelak sorang2. dah xde orang baca aku je la baca kan. dah la xde gambar kan, haihh... aku memang kureng sikit ambik gambar guna fon, kalau ada kamera memang laju je aku snap gambar...



| Shout! Awards 2012 |

Assalamulaikum everyone (●*∩_∩*●)
x jawab dosa kalau jawab sayangggg *acah2 Maria Elena pulak :p

lama gile kot aku x update blog, well orang busy macam I ni memang la jarang update blog (¬_¬) *gedik please

so, here we go !
| Shout! Awards 2012 | is back bebeh !
errr, before this dah pernah ada kan awards ni kan? sebab x pernah tgk pon sebelum ni, muahahaha ....

tapi kali ni macam tertarik pulak aku nak tengok, nak cakap aku pon tercalon dalam tu x pun...
hummm, kenapa ye saya begitu tertarik????
x tertarik pon sebenarnya, tapi saje nak suruh korang tengok sebab aku pon nak tengok, eh ! *ayat macam keling dah

oh ya ! to KPOP fans, uolls gonna love this...
check this out ------> HERE !
ada dua group KPOP datang untuk Shout Awards ni taw...

ramai kot artis tercalon.
korang pon boleh undi sape2 yang korang minat.
sila lah undi kat SINI

Anwar Hadi & MatLuthfi pon tercalon untuk Shout Aloud Award (*^ -^*)
ni adalah award yg baru, sebelum ni xde pon...


sambil2 tu, jom la menabung (≧◡≦)
mana la taw kot2 boleh beli tiket Shout Award kan, ehehehe

Gandakan RM 100 kepada RM 100,000


p/s : blog untuk subjek CL x update, padahal esok due date. sibuk nak update sini, padahal bila2 masa pon boleh update kan (-'_'-)


Balloons



credit to Haikal, our photographer =D

this photo has been taken at Awana Kijal Beach, Terengganu 

(✿ ♥‿♥)

AWANA KIJAL TERENGGANU

entry ni akan penuh dengan gambar je.
gambar time kitorang pi holiday kat Awana Kijal Terengganu.
serius best =D



















































maaf, gambar kucar kacir, malas nak susun ikut turutan.

semua sporting, tapi ada jugak yg malu2 :P
yg penting, suara aku la yang paling meriah hahaha
paling bising sebenarnya