Followers

YES! Sikit lagi...

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

Alhamdulillah, semester ni dah nak habis.
maknanya aku pun dah x lama kat bumi Kuantan ni :')

banyak kenangan kot selama 2 tahun lebih kat sini.
tapi aku rasa kenangan pahit lagi banyak kot, tambah2 semester ni, huhu...
aku cakap camtu sebab sekarang aku tengah mengalami kenangan buruk itu yang aku xkan lupakan.


oke, lupakan semua tu dulu.
yang penting sekarang aku dah dapat tempat untuk LI, ALHAMDULILLAH :'D
aku takut aku x dapat je, huhu
x sangka Allah permudahkan urusan aku.
Syukur sangat :)



dan aku takut jugak kot2 aku ada fail mana2 subjek, scary kot T___T
nanti xleh nak LI cemana sobs sobs...
doakan lah aku ye kawan2, hehe





Coffee

Assalamualaikum (✿◠‿◠) 





korang suka x tengok gambar ni? 
cantik kan, dulu aku pernah kumpul2 gambar camni, dulu oke. 
skrg dah x sebab bila fikir2 bukan aku boleh dapat pun kalau kumpul :P




aku sangat mengagumi dengan hasil2 tu, xtaw la nape aku suka sangat tengok.
aku kagum dengan org yang pandai buat, sgt kreatif even skrg ada mechine yg boleh buat semua tu.

comel kan, geram je tgk.
aku lah manusia paling happy kalo aku dapat buat semua tu, hehe

i'm a coffee lover =D


As Simple As That

Assalamualaikum (✿◠‿◠)





Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksudTempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

sharing is caring 



HAMBAR

Assalamualaikum 

Hari ni hari aku telah dilahirkan ke dunia.
terima kasih mak sebab susah payah lahirkan ila :')
so, sila lah nyanyi lagu utk saya, pelishhh hehe

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Dear Lala
Happy Birthday to You.

From good friends and true,
From old friends and new,
May good luck go with you,
And happiness too.



so, aku anggap korang dah nyanyikan lagu tu utk aku.
aku copy paste je, malas nak taip lagu tu :P

pinjam gambar dari blog irma :)

haaa, sape nak bagi red velvet ni.
tetiba teringat kek red velvet yg kak asma bawak tapi x sempat nak makan, sobs sobs T___T

birthday tahun ni sangat hambar sebabnya roomates sume x macam dulu.
kawan2 dari jauh je yg wish.
bestfriend aku call sambil nyanyi lagu befday, thank you sayang =D

thanks jugak kepada yg wish kat fesbuk dgn twitter :)


Jangan Berdendam - Pesan Mak

Assalamualaikum ✿◕ ‿ ◕✿

disebabkan class cancel pagi ni, aku pun tetiba rajin nak update blog hehe
esaimen bertimbun xnak pulak buat kan :P

ok, back to the topic, korang pernah x menyimpan dendam?
mesti pernah kan kan kan hehe
aku pun pernah, macam beberapa hari lepas.

aku call mak aku, cerita masalah aku, aku cakap aku nak berhenti kolej.
mak cakap jangan cari pasal, ada sebulan je nak habis.
aku x tahan dengan dua orang roomate aku aka clasmate aku yg mengutuk aku, hina aku, macam aku ni xde perasaan.

aku boleh je nak balas semua tu, tapi mak cakap jangan simpan dendam ieyla.
nanti aku yang merana.
mak nasihat aku itu ini, last2 aku menangis.

aku macam xde sape2 kat sini, even ada kawan2 lain support aku.
aku ingin orang yang paling rapat dgn aku ada kat sebelah aku sekarang.

sekarang status FB dorang penuh dgn status mengutuk aku, tapi aku terpaksa menahan sabar sebab ikut cakap mak.
mak cakap, ingat Allah, Dia sentiasa ada dengan kita. jangan sesekali lalai.


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)


"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)