Followers

Random ::Games, IG, IMY::

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

masa menaip entry ni, dah nak dekat pukul 1 pagi. aku selalu tido lambat, selagi x cecah pukul 3 pagi ke atas memang la aku tido. tapi ia sangat la tidak elok untuk kesihatan. tapi aku buat jugak, haha.

aku rasa cuti kali ni panjang giler. aku nak kerja mak x bagi. pastu dok membulatkan lagi body kat rumah, adoyai. dok rumah kerja basuh pinggan mangkuk, jemur kain, angkat kain, masak, kemas rumah, jaga kekanak riang yang nakalnya menghazabkan aku. selalu menaikkan darah aku =.=

kalau x buat keje, mesti aku dok mengadap laptop ataupun tab. main game la, apa lagi kan. main game ni macam bela kucing. kena bagi makan, bersihkan, bawak pi main kat playground, tidurkan.



menatang ni la aku dok bela, haha. aku hias ikut suka hati aku je dan mesti la Pou aku wane pink :P 


kalau Pou tu tido, aku mengadap game ni pulak. kadang2 sakit hati main game ni, stuck kat level yg sama berminggu-minggu =.= kalau lepas level tu, memang happy x terkata, haha sewel.

selain main game, hobi aku sekarang suka post gambar kat instagram. gambar entah hape2 pun aku post, biarkan :P mesti ada je gambar. x pun pergi like gambar kat instagram tu, selalu aku like gambar anak Dena Bahrin, Saif yang comel tahap gaban. fotogenik betul budak tu, geram aku tengok.



maap, x fotogenik pun, fotogedik pun bukan oke. ada orang cakap kan aku cucuk dagu =.= ciskek betul, aku tgk jarum pun boleh pengsan. dagu dahku sangat la ori dan spicy taw. bukan dagu kepsi.




dan aku sangat rindu sama dia. lost contact. xtaw dia ada kat Malaysia ke x sekarang ni. kawan alam maya, x pernah jumpa, rindu nak borak dengan dia, rindu nak baca cerita dia kat blog.




Bila Ditanya "Kenapa Dia Mati?"

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

Sape tengok Melodi yang baru2 ni, kan ada yang dorang tunjuk rakaman kat tanah perkuburan, tentang kematian Allayarhamah Latifah Omar kan. kebetulan, anak buah aku, Qina, 3 tahun tgk jugak sekali dgn aku.

Lepas tu dia tanya, "Ateh, kenapa dia mati?". aku agak terkejut sebenarnya dengan pertanyaan Qina. aku jawab la,"Dia sakit." tu je aku jawab.

taw tak dia jawab apa? "Qina pun sakit jugak" lepas tu aku macam terkedu seketika. aku dah macam kenapa budak ni kan. dia pun macam senyap je tgk rakaman tu. 

Memang Qina sedang sakit sekarang, dan aku mula fikir bukan2. Ya Allah...

Segmen Menang Topup By Fizgraphic

Assalamualaikum (✿◠‿◠) 

sila klik


tadi tengah blogwalking terjumpa segmen kat blog FizGraphic ni. tetiba teringin pulak nak join sebab dah lama x bersegmen. senang je syarat dia. 

syarat2 nya buat entry macam ni, copy banner tu pastu backlink ke entry tuan punya segmen ni, pastu follow blog FizGraphic dgn blog tuan sponsor, dont worry sorang je je sponsor dia :) 

lepastu korang kena vote something. semuanya korang akan tahu bila korang pi SINI :)


TOPUP BERJUMLAH RM100 AKAN DIAGIHKAN :

 Topup RM5 x 20 pemenang


Selamat bersegmen =D


Beauty and Beast

Assalamualaikum (✿◠‿◠) 

tetiba malam ni terajin nak menaip. sekadar mahu melihat pandangan korang tentang perkara yang akan aku tulis jap lagi. perkara ni dah lama sebenarnya, cuma teringat balik.

ada sorang budak ni, aku bagi nama dia A la senang. A cakap dia x kisah kalau orang cantik nak kutuk2 or nak komen2 kat orang x berapa nak cantik ni sebab dia cantik, lain la kalau dia x cantik tapi nak kutuk2 or komen2 pasal orang. 

maksud A kat situ, cantik luaran, bukan dalaman. dan aku taw sape si cantik yang A maksudkan tu, dan si cantik yang dia maksudkan tu memang suka judge penampilan orang, kira cakap belakang la sebab aku selalu dengar, tapi aku senyap je la sebab aku ni x berapa nak cantik, ehehehe :P

dan si A ni cantik la dari aku ni, uhuk uhuk, tapi lagi cantik si cantik tu la. aku ni kira kategori x cantik sebab tu kena kutuk dengan si cantik tu kan kan kan haha

so apa pendapat korang dengan statement si A kat atas tu, perlu ke si cantik kutuk komen perli penampilan si x berapa cantik ni.


ihsan google
comel x kak ton :P


p/s : tahniah puan Irine Nadia, dah jadi seorang ibu kepada baby girl yang comel dan sepet mata dia. lahir hari ini, hari yang penuh barakah, Isra' Mikraj. semoga jadi baby yg solehah ye baby (✿◠‿◠) 


Musim Cuti adalah Musim Kawen

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

Haaa, sekarang ni mesti korang2 busy dok attend majlis orang kahwin kan, xpun korang sendiri yang kawen, hehe. kepada sesiapa yang nak kawen ataupun dah baru kawen tu aku ucapkan tahniah, doakan aku cepat kawen pulak ye, eh  :P

25 Mei hari tu, kawan aku kawen, sepupu aku pun kawen hari yg sama jugak, tapi sepupu kawen kat Kedah, tapi disebabkan ruang x cukup untuk aku ke Kedah, aku x pergi la majlis sepupu aku tu dan aku pergi ke majlis kawan aku. kawan sekolah menengah, kitorang lain2 kelas tapi boleh dikatakan rapat jugak la, hehe.

Afiq & Anis


gambar x banyak sebab aku malas nak upload. kawan aku tu pempuan, suami dia aku x kenal pun. aku pergi pun x lama sebab pergi sorang. kalau pergi dengan kawan aku memang lama la aku dok sana, memasing busy, ada yang x balik sebab tiket abis. 

yang ni pulak sepupu aku, Hanif, yang kawen kat Kedah tu. gambar kureng sikit sebab nya aku xtaw sebab apa, haha. aku copy dari abg aku je. asal usul gambar tu aku xtaw dari sape. sorang lagi sepupu aku, Hafiz abg kepada Hanif kawen 30 Mei, aku x pergi jugak sebab ada hal, hehe. gambar pun xde.

pastu 1 Jun, kawan kakak aku kawen, aku kenal dia dan rapat. aku panggil dia kak Intan, tapi aku x dapat pergi sebab rumah dia jauh. aku ingat dia still stay kat rumah lama dia. 

apa pun, aku ucapkan tahniah pada semua pengantin2 baru ni. moga kalian bahagia dan kekal ke akhir hayat. moga dijauhi segala perkara2 yg x diingini dan semoga dapat baby cepat, hehe. best nya ada baby =D