Followers

Cerita Raya Lala 2015

Assalamualaikum wbt...

Ini adalah entry yg pertama untuk tahun ini, dah nak hujung tahun dah. Baru sedar diri ini, blog sudah lama terabai. Ko ghase??? 

Bila baca blog kak pateng liyana, tetiba diri ini tergedix gedix nak update blog jugak. Cerita raya ku yang sedih sebab x balik kampung time raya. Aku kan kuat, aku x nangis haha. 

As u all know, iolss keje kat Aeon.co yg dahulunya dikenali Jaya Jusco. Kalau yang xtaw, ni nak habaq mai nih. Sape yg selalu cuci mata kat Aeon, mesti dah selalu tgk staff2 dorang pakai uniform wane pink yg comel itu, bertambah kecomelan bila iolls pakai ahaksss.

So, time raya kitorang di beri pelepasan utk pakai baju raya selama dua hari. Terasa la beraya sambil keje ye dak. Time tu la customers dok puju comel la, lawa la, cantik hensem la. Hellowwww time kitorang pakai uniform x lawa ke, sentap taw.



Dua gambar di atas itu pada hari raya pertama. Bergambar bersama store manager kitorang. Time bergambar ngan staff laki elok je, xde orang kacau,. Dengam staff gegirl ramai pulak nk menyelit, sakit atiiii! 









Raya kedua banyak gambar, tapi x mampu nk upload. Malas sebenarnya. Dorang semua ini kuat sebab bekerja di hari raya. 

Aku xde lah sedih sangat even pagi raya dah nangis sebab dgr takbir raya, sayu beb. Next year no more keje time raya, kite cuti pulak mihmihmih

Mentabah betul aku update entry pakai henfon ni, kecik besor kecik besor dah mata aku ni.

Happy reading my entry, and thank u korang sebab baca... Haha ada ke nak baca, blog update setahun sekali weh. Esok aku update lagi ye hihi

S.O.L.A.T :)

Assalamualaikum 



1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. 
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." 
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. 
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat 
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” 
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. 
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. 
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah 
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.



BACA NI..JGN LUPA KONGSI..
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada. (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.