Followers

Bertuahkan, Teringin tapi Jodoh di Tangan Allah :D


Lala sebenarnya baru tengok video...
sebelum ni dengar orang cakap je...
bertuah Ally dapat Farah, dan Farah pun bertuah dapat Ally...

mereka bercinta lepas kahwin, macam dalam novel pulak...
memeng jeles, tapi itu adalah rezeki masing2 kan...

Lala cuma dapat berdoa supaya Lala dikurniakan jodoh yang dapat membimbing dan membantu Lala kelak...
kepada Ally dan Farah, semoga mereka kekal ke akhir hayat :D

1st year Ohsemm Anniversary - Blog Remyhazza

first of all, Lala nak ucapkan selamat ulang tahun untuk blog bro Remyhazza...
segmen kali ni dianjurkan oleh beliau sempena ulang tahun yang pertama...
so, sesape nak join, sila klik banner tu oke :D

apa yang Lala suka kat blog bro ni, Lala suka entry yang ada makanan...
boleh meleleh air liur Lala ni tgk makanan tu...
satu lagi lagu kat blog bro, memang layan la...
one of my feveret song tu :D

hari tu da join sekali, tapi xde luck...
hope kali ni boleh la dapat hadiah misteri tu...
cepat lah join, x rugi pun kalau korang join :))

Awak-awak, siapa nak diet?

burppp, Alhamdulillah syukur...
Lala dah kenyang sebab baru lapas lunch tadi...
makan sampai x ingat orang kat dalam cafe tadi :P

sekarang, untuk berdiet pula, heeeee
siapa nak diet? meh sini nak story sikit...

Jom berdiet dengan :

COKLAT
-kurangkan ambil kalori dalam diet seharian jika korang suka coklat
-makan hanya coklat hitam
-makan jika keadaan mengizinkan
-makan coklat secara bersederhana
memang berat badan naik kalau makan coklat berkilo sehari, hahaha

OREN
-lapisan putih buah oren boleh menahan rasa lapar dalam masa empat jam
-69 kalori dalam buah oren memang diperlukan oleh tubuh setiap hari
jom pi serang Giant sekarang, borong oren banyak2 :D

BAWANG PUTIH
-dapat mencegah penambahan dan membantu menurunkan berat badan
-mencegah tekanan darah tinggi, mengubati penyakit diabetes dan mengurangkan risiko sakit jantung
tapi bau yang tak boleh tahan :P

sumber : REMAJA


Outing Pakai Baju Kurung

tentu korang pelik kan tgk entry Lala yg lepas outing pakai baju kurung...
yg free hair pun pakai baju kurung jugak...

ktorang kan gadis melayu terakhir, hehehe
mesti lah kena sopan dan control ayu gitu...
hahaha, mesti ramai menyampah kan :P


sebenarnya cite nye camni cik kiah oi...
kolej yg Lala sedang menimba ilmu ni ada peraturan2 yg maybe girls out there x suka...

antara peraturan2 kolej (utk perempuan je ni)

-diwajibkan pakai baju kurung kalau pergi ke kelas
-semua pelajar perempuan di wajib bertudung
*bawal atau syria sahaja. no shawl at all !
-diwajibkan pakai kasut bertutup warna gelap
* no sandals or kasut bercorak and no crocks
-no make-up
*ad je yg pakai
-wajib pakai baju kurung kalau nak outing
*bleh pakai shawl n sandals, time ni je nak melaram
-outing hanya di hujung minggu
*sabtu dan ahad, jumaat pun boleh tp selepas kelas

so, sesapa yg masuk kolej ni kenalah ikut peraturan tersebut...
yg free hair tu, kena lah bertudung...
sebab tu ada yg sanggup tukar baju lepas je pagar kolej tu

ramai gak yg x puas hati dgn kolej ni, tp suh masuk kolej ni kan...
memg ramai yg free hair kat kolej ni...
tp terpaksa...

Lala x kisah sebab memg Lala bertudung...
pakai baju kurung pun x kisah even kadg2 org tgk pelik bila ktorang ke mall pakai baju kurung...
xtaw la nape, macam ktorang pakai skirt pendek dgn singlet je...


Gumbira kan hati yang Lara | MegaMall Kuantan

petang tadi Lala telah diberitahu satu berita yg cukup menyedihkan...
sob sob sob...
xde hingus pun, oke nangis tipu lah...

Lala x dapat pergi kursus utk senamrobik tu !
tetiba je pengarah suh pergi 3 org je, so Lala x dapat pergi...
mencik nye ! ! !

so, Lala outing dgn kawan2 kelas Lala....
ktorang pegi makan Mc'D, karaoke, dan beli barang keperluan sikit...

ktorang sewa 2 buah kete utk 7 org...
Lala, Yana, Mimie, Miera, Sol, Eusof dan Marco...
Marco is my Sabahan friend...
he already taken n his gf is sooo cun lah :D
hehehe, i know Marco will not read this lah...

Lala & Mimie, sape lebih comel, hahaha

model utk Mc'D & cool blog :D

menunggu driver2 kami dtg :P

Lala yg demok & bam bam =.=
x banyak sgt ambik gambar sebab malas, huhuhu
gambar jejaka2 sume xde sebab muka dorg kan mahal, mahal la sgt kan...

ingt nak habiskan voucher kat Popular, tapi di banjiri dgn tubuh2 manusia yg mempunyai niat yg sama dgn Lala...
so, terpaksa batalkan niat sebab malas nak beratur panjang macam nak beli tiket utk SS3 ari tu :P

Rahsia Menilai Lelaki Melalui Pergerakannya

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan
kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan
sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan
pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual
dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain
tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh
tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta
yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk
membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk
menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang
jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain
untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi
perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya
hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu
bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki
yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka
mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia
tidak menimbulkan masalah.

tetiba kuar gambar aaron aziz plak :D


sekadar berkongsi,  xtaw la betul ke x...
hehehehe

Jom menjadi Sihat

pergggh, even 1 kelas je hari ni, tp penatnya macam kelas penuh je...
kelas abis kul 1.30 tp sampai blik kul 3, acanne tu?

sebab tu kena banyak bersenam supaya kita x letih...
bukan maksud x letih langsung, tapi at least letih pun xde la letih bagai nak mati...
jom sume aerobik :D
tetiba lak nak aerobik, hehehe
sebenarnya Lala masuk kelab kesihatan dan kecergasan...
dan ktorang da dapat satu tugasan...

tugasan tu adalah mereka senaman aerobik sendiri...
can u imagine that?
da lama kot Lala x pegi aerobik, adoiii masak la camni...
dah la x bleh ikut cara2 kat utube...

waaa, tolong Lala,....
Lala x reti nak reka2 ni, lau ikut org reti lah...
adoiiyaiiii....

mggu depan, Lala kena pergi kursus utk kelab ni...
4 hari, memg lama giler...
tp cam best je sebab da lama x pergi kem or kursus ni...
x payah pegi kelas, weeehoooo !
ok, sgt lah buruk perangai...

so, x dapat lah Lala online selama 4 hari...
xkn nak bawak lappy gedabak ni ke hulu ke hilir...
memg x la kan...
nak online gune fon, fon cikai je, kamera pon xde, hahahaha


nanti Lala ajar korang senam aerobik eh, hahaha
kan Lala da pegi kursus,hehehe
cam bleh pandai terus even gi kursus tu...

Lokasi menarik di Kuantan

idea utk menulis kat belog ni xde...
so, Lala nak korang bagi cadangan tempat2 yg best kat kuantan ni...

clasmate Lala sibuk nak  kuar jalan2 1 kelas...
tp xtaw nak pegi mana...

ingt nak pegi genting, tp cam jauh je...
pastu nak gi cherating, ada org x best...
ktorang da pening...
ce bagi cadangan sikit...

ktorang ingat xnak bermalam...
sebab ramai kan, cam susah lak nak bermalam, hehehe

nak pegi genting :(
ada yg suggest pegi janda baik...
hurmmm, ok ke x janda baik?

ala tomey-tomey nye dia :D

sekarang ni Lala tgh giler nak makan kek...
dah tempah sebijik kek coklat ngan kawan...

tp teringin nak makan ciskek sebenarnya, kawan x reti la plak nak buat...
pastu try la google gambar2 kek sebab kempunan sgt kan...
then, Lala nak ubah selera, bertukar kepada cupkek plak :D


okeh, sumpah Lala nak ngap je rasa gambar sume ni...
kat mana ada jual cupcake yg comel dan murah?

tapi, lau comel tapi x sedap watpe kan?
sebab Lala x berani nak beli kek, sebab takut x sedap...
kena ada org recommend dulu baru bleh beli...

Lala pun suka buat kek, tp keadaan x mengizinkan sebab kat rumah xde kemudahan, hehehe
sedih kan :(

alamak, lapa plak...
perut da bunyi2 ni...

I cinta Kamu | Kan Ku Kejar Cinta Kamu


Lala menambah koleksi novel lagi, hehehe
Lala beli guna voucher tu la, sebab da xtaw nak beli apa...
buku utk study pun da beli...
Lala ada 2 keping lagi voucher, sape nak???

korang da baca novel tu?
novel karya Fauziah Ashari ni baru kuar tahun taw...
bagi Lala, best la..
Lala bagi 8/10, hehehe
sesuka hati kau je nak bagi markah kat novel org :P

I Cinta Kamu - dalam novel ni, dorang selalu cakap 'I cinta kamu'...
cam sweeet je, selalu org ckp i love u, saya syg awk je kan...

kepada kaki2 novel, korang kena dapatkan novel ni....
mesti puas hati punya lah...

Lala sebenarnya nak beli novel 7 Hari Mencintaiku, tapi da abis kat kedai buku yg Lala pergi semalam...
sedih giler kot, tu yg rembat novel Fauziah Ashari tu..
tapi, Lala akan cari jugak novel ni sampai jumpa...
novel ni sgt tebal, ada lebih 1000 muka surat...
xtaw leh abis berapa hari...

ummm, sape ada novel ni?
nak boleh, hehehehe


Exclusive Giveaway by Niena Sofea

Assalamualaikum :)

Lala telah dijemput oleh Cik Niena Sofea utk join GA beliau...
da banyak kali dia ajak, tp Lala x sempat nak join...
so, untuk tidak menghampakan beliau, Lala join GA ni :D


GA ni untuk perempuan sahaja,ok...
yang lelaki, mungkin boleh cuba untuk next GA ok, hehehe...

hadiah2 untuk GA ni memg sgt banyak dan sangat best...
x rugi lah lau korang join...
jom tgk senarai sponsor :D

SENARAI SPONSOR :


banyak kan, kalau korang nak tgk hadiah, klik kat bawah ni :)
SENARAI HADIAH

Tarikh Tutup :
1st June 2012


Lala tag :

http://sweetlife-uchu.blogspot.com/
http://whinxe.blogspot.com/


finally, Lala berjaya siapkan entry utk GA yg gempak ni...
Lala da folo, like and add sume sponsor...
ada yg da lama Lala folo n like :D
Lala harap dapat la satu hadiah dari banyak2 tu :D


p/s : entry ni disiapkan 2 jam sebelum naik bas utk balik Kuantan :D


Papa Jadi Budak Sekolah | Zalif Sidek

kenal x sape yg comel kat atas tu?
alaaa, pelakon Papa I Love U tu...
nama dia Zalif Sidek...

best la dia dapat berlakon ngan Lisa Surihani kan...

ni first time la Lala tgk dia berlakon...
tadi Lala tgk Klik siri 2 kat Astro Ceria, nampak cam dia...
Lala pun google la, memg dia pun...

huhu, tetiba jadi budak sekolah plak...
nampak x kat hujung sebelah kiri tu...
dia la kan...
dalam cite Klik ni, perangai dia macam budak umo 10 tahun...
perangai suka makan memg x ubah2, dalam PILU pun suka makan gak, hehehe

tapi dia comel kan, hahahaha

Patah Seribu | Shila Amzah



video kat atas tu, Lala buat sendiri and upload kat utube...
Lala memg minat sgt kat Shila sebab suara dia best...
skrg ni Lala memg tgh giler ngan lagu Patah seribu ni...
tiap hari dgr...

Lirik Patah Seribu :

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


miracle tab -rahsia kecantikan selebriti

Ally Iskandar & Farah Lee | Kahwin

Assalamualaikum...
da beberapa hari tinggal belog masham ni, skrg bertemu kembali...
Lala baru sampai rumah sebab balik bercuti utk raya Cina...

mesti dah hebohkan pasal Ally Iskandar, pengacara kesayangan korang tu kawen kan...
Lala nak post gambar dorg je sebab Lala suka tgk Farah Lee tu, manis je org nya :D

Selamat pengantin baru
sama cantik, sama padan
majlis diadakan di Masjid Kristal, Terengganu

tu je yg Lala nak kongsi...
Lala harap perkahwinan dorang berkekalan hingga ke akhir hayat...


Abby Abadi kena Buatan Orang | Dengki

Dengki atau iri hati x bawak kita ke mana...
lagi menyusahkan ada la...
jom baca, apa kena dgn Abby kali ni...
bnyk betul masalah dia, kesian...



PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak-pihak tertentu yang cuba bermain ‘kotor’ dengan dirinya dengan ‘menghantar’ sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Memetik laporan dari mStar, Abby memberitahu pihak terbabit cuba untuk menutup periuk nasinya dengan membuat perkara ‘jahat’ seperti perutnya menjadi sakit, tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan mengalami sakit pinggang yang teruk ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama.

“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini,” kata Abby.

Abby mendakwa semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Malah, dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.


sumber : mynewshub

kepada sesape yg suka buat dajal kat org lain tu, hope berubah la...
lau jadi kat korang or sedara korang camna?
fikir la eh, sama2 la kita mengingati satu sama lain :)

Itu Semua Kenangan | Zaman Kolej

Assalamualaikum korang dan selamat petang :D
lately, Lala da semakin malas nak online...
nak bw apa lagi kan...

tp sekarang Lala boring sgt, so nak buat entry yg penuh dgn kebosanan :P

sape dah abis belajar, which means u all da keje skrg...
korang penah x teringat time korang study kat kolej or U dulu?
contohnya, korang tgh khusyuk musyuk keje ni, tetiba korang tersenyum sendiri sebab teringat something time study dulu2...


even Lala x abis lagi study, tp kenangan sem2 yg lepas banyak taw...

Lala suka time masuk computer lab sebab ada kerusi yg ada roda, so bleh gerak tanpa perlu bangun, giler pemalas kan...
pastu Lala suruh budak2 laki tolak Lala laju sebab lab tu luas... hahahah
ada sekali tuh, Lala x suruh pon dorg tolak tp tetiba je dorang tolak, laju plak tu...
memg Lala menjerit la kan sebab terkejut, sume gelak kat Lala...
nasib baik lecturer keluar time tu...

kejadian tu baru berlaku sem lepas, sumpah xleh nak lupakan...
time tu jugak la dorang cakap perangai Lala cam budak umo 2 tahun even da 20 tahun...

xtaw la nanti camne nak berpisah ngan adik2 Lala nanti...
heeee, dalam kelas Lala la paling tua sebab Lala da umo 21 tahun, yg lain baru umo 20 tahun...
lelaki pon ada gak umo 21 tahun, perangai dorang pon same je cam budak2...

sem 6 nati ktorang akan praktikal n ktorang plan nak praktikal sama2...
hahaha
cam boleh je kan :P
mesti sedih nak berpisah, masing2 dah punya haluan sendiri nanti :(
macam jenis perangai yg ada dalam kelas Lala sekarang...

kenangan sume tu kan:D

korang kreatif x?
sila tinggalkan OPINION korang tentang kolej dan universiti...
korang mungkin boleh dapat RM100 taw !