Dengki atau iri hati x bawak kita ke mana...
lagi menyusahkan ada la...
jom baca, apa kena dgn Abby kali ni...
bnyk betul masalah dia, kesian...
PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak-pihak tertentu yang cuba bermain ‘kotor’ dengan dirinya dengan ‘menghantar’ sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.
Memetik laporan dari mStar, Abby memberitahu pihak terbabit cuba untuk menutup periuk nasinya dengan membuat perkara ‘jahat’ seperti perutnya menjadi sakit, tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan mengalami sakit pinggang yang teruk ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama.
“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini,” kata Abby.
Abby mendakwa semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.
Malah, dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.
Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.
“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.

sumber : mynewshub
kepada sesape yg suka buat dajal kat org lain tu, hope berubah la...
lau jadi kat korang or sedara korang camna?
fikir la eh, sama2 la kita mengingati satu sama lain :)
9 comments:
ish2 kesiann
aduhai. ramai bto artis kena sihir. erm..
ksian kak abby.sape je yg dengki tu..busuk ht btol
@Cik tikah tu la, ada je org x puas hati, hummm
@Shakin Ziki dorg memg xkan berhenti selagi dorg x puas hati, apa jenis org ntah,,,
Jiwa kotor tergamak buat benda kotor macam ni
kesian dia, mesti sakit kan :(
@Hanif dorg memg kotor pun...
@Nur Aischa sakit la...
Post a Comment