Followers

If U ♥ someone :))

"Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya
ALLAH nak hadiahkan kita pelangi"

Alhamdulillah, ALLAH ilhamkan saya untuk menukilkan sedikit perkongsian kali ini dengan mendatangkan seorang sahabat siang tadi dengan satu soalan, "kak, mcmana ye.. Tetibe saya rasa ada minat pada seorang ustaz di sini... Saya dah cuba buang perasaan tu, tp tetap ada.. saya dah cuba basuh perasaan tu dengan zikrullah, namun makin ingat pula.. Entah-entah memang ustaz tu jodoh saya kot kak...........? Ke mcmana?......"

Allah... Jenuh juga saya nak beri jawapan yang terbaik untuk si adik ni, memandangkan bukan calang-calang orang si adik yang bertanya ni.. Manalah tahu, entah-entah nak menguji ILMU saya tentang cinta ni.. Namun, saya cuba jawab dengan setakat ILMU yang saya ada..

Firstly, saya kata padanya.. "Jika jatuh hati pada seseorang, mintalah kepada ALLAH yang mencipta diri kita ni.. Kerana apa? Kerana orang yang kita jatuh hati itu juga adalah makhluk ALLAH.. ALLAH berhak untuk menjadikan makhlukNYA suka atau tidak.... Dan ALLAH juga lebih mengetahui setiap sesuatu itu untuk hambaNYA.."

Harap2 si adik ni fahamlah ape yg saya nak sampaikan.. 

Namun, dia persoalkan kembali, "....tapi kak, saya dah buat istikharah, & memang nampak ustaz ni dalam doa saya.. Saya rasa macam nak direct jela dengan ustaz tu, takut orang lain sambar dulu nanti...tapi, kawan dulu lah, sebab saya lambat lagi nak habis belajar ni.. Cuma, saya takut dia kahwin dengan orang lain nanti.."

Errkkkk *_*

Allahuakbar, istiqfar panjang saya dalam hati. ... "dik, hebat sangat ke ustaz tu? Sehinggakan perlu nak direct tanpa berfikir panjang ni?.........." 

"EH, boleh la kak, dah lah baik, suka senyum pula tu, pandai, pakai kopiah 24 jam & mcm2 lah lagi kak. Tapi kak, jangan risau, saya bukan nak suka main2, saya serius ni.. Mungkin dia boleh membimbing saya untuk jadi yang lebih terbaik lagi...."

OHHH.. saya pegang bahunya, " Dik, jatuh cinta perkara biasa kerana kita semua ada perasaan. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu. Macam adik cakap tadilah, ustaz tu suka senyum, pandai.. Apatah lagi, jika kita jatuh cinta di atas jalan dakwah ini.. Tapi dik, kita kena ingat, kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Hurm, bercouple mungkin.. Tapi bukan berkahwin.. Kerana apa? Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, yakni jodoh yang ALLAH dah tetapkan sejak azali lagi.. Dan kalau adik nak tahu, tak mustahil orang yang paling kita benci tulah jodoh kita nanti......"

Si adik itu terdiam, membisu sepi.. Seolahnya sedih..

[Maafkan diri ni mungkin tak dapat memberi satu jawapan positif untuk dirimu, Namun percayalah, atas rasa kasih sayang, aku kongsi semua ini dengan dirimu..Kita adalah mawar-mawar acuan Islam, Indahnya wanita ini jika dipelihara sebaik mungkin]

"Adik okey? Hurm........" "Kalau mcmtu kak, ALLAH tu tak Maha Adil la. Tak kan lah nak kahwin dengan orang yang kita benci.. Kalau betul nak pelihara keharmonian rumah tangga, bagi jela kita kahwin dengan orang yang kita suka..........."

Wahh, marah sungguh si comel ini.. Agaknya, memang minat sungguh kot pada si lelaki tu..

"Adik silap, ALLAH itu Maha Adil.. Dah cukup adil sangat.. DIA tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.. Sebenarnya, yang selalu menzalimi hambaNYA adalah diri hamba itu sendiri.. Kerana apa? Kerana, hamba itu degil.. Dia nak sesuatu yang bukan haknya, yang bukan milik dia.. Dik, mencintai seseorang itu tidak semestinya memilik..."

"Okey lah, jawapan akak tu betull.. Tapi kak, saya dah buat istikharah, & nampak wajah ustaz tu setiap kali dalam doa saya... Baik saya tak payah buat istikharah, baik tunggu kat rumah je, ada orang masuk meminang, haa terime je..!!"

Alahai, comeinya dia marah hanya kerana isu istikharah (^_^) Hurm budak ni lah....

"....yeee betul.. Bagus adik selesaikan masalah ni dengan istikharah.. Namun, andai belum tiba jodohmu, teruskan lah berdoa.. Tak salah jika jatuh hati pada seseorang, kerana kita insan biasa, punya hati & perasaan.. Usaha adik skrg ni, berdoa dan teruskan berdoa.. Berdoa setiap waktu solat, supaya ALLAH takdirkan jodoh adik dengan dia.. Percayalah, dengan doa juga, takdir kita mampu berubah.. Dik, walau siapapun jodoh yang ALLAH hantarkan untuk diri kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.. Mungkin kita benci dengan kelemahan dia, yelah, manalah tahu nanti adik akan dapat jodoh dengan orang yang senyuman tak manis, kurang pandai ke, jarang pakai kopiah ke.. Hurm, adik kena ingat, dalam diri setiap insan ni telah ALLAH ciptakan dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.. dan mungkin pada diri adik ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia lebih bermakna dan mungkin diri adik sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Haaa, dan lagi satu, mungkin juga si lelaki ni ada sesuatu kelebihan yang adik sangat-sangat perlukan yang satu dunia pun tak mampu nak beri pada adik........Kan?"

Dia termenung panjang, lalu, menitik setitik demi setitik air di pipinya.. Terus memeluk aku, "Kak.....sy percaya dengan setiap apa yang akak katakan.. Saya tahu aturan ALLAH itu yang terbaik.. Tapi kak, saya rasa sedih sangat...............kalau ustaz tu dengan orang lain nantii.. Saya tak pernah ada rasa seperti ini pada mana-mana lelaki sebelum ni....Dia cinta pandang pertama saya kak..!"

Fuhhh! cinta pandang pertama rupanya.. (^_^) Alahai, saya memahami apa yang si adik ini rasa.. Akhirnya, saya sekadar mampu memberi pendapat yang terakhir..

"Dik, dalam Islam ada taa'ruf yang ada sempadan.. Islam mengajar kita supaya serasi dengan kehendak Tuhan, bukan dengan kehendak pasangan.. Teruskanlah beristikharah, teruskanlah berdoa.. Andai ia memang jodoh yang terbaik untukmu, percayalah, ALLAH pasti permudahkan urusanmu.."

Katakan TIDAK pada cinta yang bukan HALAL

Dia mengangguk sambil tersenyum, walaupun senyumannya agak hambar, namun saya mengharap dia mengerti setiap apa yang saya cuba sampaikan.. Sebelum berpisah, saya berikan satu doa padanya, untuk diamalkan pada setiap waktu solat...

Ya ALLAH,
Aku suka orang ini..
Kalaulah dia ini betul2 pilihan yang tepat untu aku
dunia & akhirat
Pertemukanlah jodoh kami
Jadikanlah dia suami ku
Namun
Andai bukan yang terbaik untukku
Maka Ya ALLAH
Elakkanlah
AMEEN 




credit to: mohd hafiz

6 comments:

awatiffaziz said...

tu cik abg ye..
da bole kawen da lala.
tnggu masa je nak kena pgl ni..
huhu.

Pencari Qurratuaini said...

semangat betul adik tu nak bercinta ye..bagus juga kakak tu bg nasihat..bagus2..kisah yg baik utk panduan..tq

uchu said...

dah jdi pkar mtivasi??hehe
best nsihat kmu...sy pom ngah ade msalah hti..bole bantu sy?hahaha

LaLa said...

watif: mana ad la...xnak kawen lagi, tggu watif dulu :P

LaLa said...

Pencari: yeke? hehehe...

LaLa said...

uchu: masalah ati tu sila rujuk pada doktor pakar ye...hahahaha