Followers

Thank You Nuffnang :)

aku nak ucapkan thank you kat Nuffnang sebab bagi BE :)
aku malas nak printscreen, hehe...

Churp2 aku pun dah bertambah sekarang, tapi x cukup lagi nak cashout.
hehehe

thanx jugak untuk sape2 yang dah klik, keep on clicking guys :)

Aku Ada Kau Ada

korang dah tengok belum cite ni?
aku x tengok lagi tapi teringin sangat nak tengok.
al maklumlah kat kelantan mana ada cinema (¬_¬)

jom baca sinopsis kalau korang x tengok lagi =D


Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan. 

Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.
comelnya yana samsudin ni (◕‿◕✿)

Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.

sebab aku nak tengok ni, sebab ada Yana Samsudin, lepastu dorang buat penggambaran kat KOREA.
lepas tu aku suka lagu yang dorang nyanyi, vidoe klip dia comel je.
jom tengok, nyanyi sekali eh.



 
 

Hello Baby MBlaq buat aku nangis

maaf, bagi yang anti KPOP sila jangan baca entry ni :)
aku memang peminat KPOP, tapi jarang update pasal KPOP sebab aku taw ramai yang anti.

tapi malam ni wa nak update jugak, sama ada lu suka ke x suka :P

Hello Baby MBlaq (HBM)
MBlaq
HBM ni bukan drama taw.
tapi adalah satu program di mana mereka berlima kena jaga 3 orang budak selama 3 bulan.
bayangkan dorang yang xde pengalaman langsung dalam penjagaan budak.


aku bukan nak cite sepenuhnya pasal program ni, tapi aku nak cite yang aku menangis teresak-esak tengok ending dia. *ayat giler skema

bayangkan, dorang jaga 3 bulan kot budak2 ni semua lepas tu kena hantar balik kat parents dorang.
memang la kena pulang balik kan tapi dorang berlima tu dah sayang sangat dengan budak2 tu, tup2 kena berpisah.

Lauren
Leo
Dayoung
korang bayangkan, korang dah jaga something and korang sayang sangat pastu korang kehilangan something tu, mesti sedihkan.

part ending tu memang aku nangis sampai basah bantal.

yang aku xleh tahan tengok si Leo.
padahal dia yang paling nakal dan x dengar cakap, tapi bila nak berpisah tu dia yang nangis.
parents Leo dah bawak Leo pergi, tetiba Leo lari2 datang balik kat dorang, dia cakap dia xnak balik.
uissh, time tu lagi laju air mata aku kuar.

kalau aku kat tempat dorang, mau meraung kat situ.
x sanggup nak berpisah kot T___T


ni Lee Joon, padahal budak2 x suka sangat dia tapi time last episode budak2 semua sayang dia.
dia yang first nangis time nak berpisah dengan budak2 tu.


Vote For Him :)

vote untuk sape?
vote untuk ------------> HAFIZ ZAINAL

Hafiz perlukan undian untuk masuk top 10 sebab dia ada masuk contest 
Go from youtube to 
live sing sing-off

best sangat ke suara dia?
bagi aku suara dia best dan sedap di dengar.
kalau x percaya, sila lah tengok video kat bawah ni.


cara untuk vote :

1st step, klik link kat bawah ni

2nd step, tekan vote


3rd step, cari nama Hafiz Zainal, dia cover lagu sedetik lebih. best kot :)

#semua gambar di cilok dari blog Hafiz, sekian

dah siap kan.
tarikh tutup untuk vote hari ni, hahaha
at least ada lagi masa nak vote.

kalau Hafiz dapat top 10, hafiz akan perform kat The Curve.
korang pi la serbu Hafiz suruh dia belanja sebab korang da vote.

Masalah Betul !

selalunya masalah yang aku alami sekarang adalah masalah yang selalu di alami wanita, perempuan, gadis sunti, anak dara atau yang x dara, hahaha

oke oke, ini adalah serius.
kalau korang boleh tolong aku, aku memang tabik spring, x spring pon tabik rolling.
memang aku sayang korang lebih la, mmmuahhh.

MACAM MANA NAK HILANGKAN JERAWAT KAT DAHI ?

macam besau je masalah aku ni.
tapi memang besau pun, jerawat kat dagu or hidung senang je nak settle, tapi kat dahi ni degil betul !

kot kot la korang ada petua kan.
korang jangan bagi idea mengarut sudah, aku sula mulut korang kang.



Hip Hip Hooray ! Musim Buah Lah

entry pukul 12, tetiba datang mood aku nak menaip entry bila teringat pokok2 buah kat rumah aku ni sedang mengeluarkan hasil, hoyeahhh !

rumah aku kat kampung, so banyak la pokok2 buah kat rumah ni.
time musim buah, memanglah sangat heaven ye :)

meh aku listkan pokok buah yang ada sekitar rumah aku ni :P
tapi maaflah, aku akan ambik semua gambar kat google sebab xkan lah aku nak pi snap gambar memalam buta ni.

mau kena kejar dengan ba alif ba ya. 
kampung, biasa lah. memang ada natang tu :P

pokok rambutan
kat rumah aku ada 2 pokok rambutan, semua berbuah lebat sampai sedekah kat orang sebab memang xkan habis untuk kitorang satu family.

pokok manggis
pokok manggis ada satu je, pokok dia rendah je. boleh capai dengan tangan buah je kalau nak ambik buah.

pokok langsat
feveret aku buah langsat ni, kalau aku ada kat rumah memang aku la yang tukang habiskan buah ni :P

pokok durian
mesti ramai suka buah ni kan, aku suka gak tapi xde la giler sangat.
sekarang dah tinggal 2 pokok je, dulu ada 4 pokok.

pokok ciku
 berlambak pokok ni kat rumah, dulu aku suka giler buah ciku ni tapi sekarang dah lama x makan even ada kat depan rumah.

pokok nanas
sekeliling rumah aku ada sebab abang aku dulu meroyan dok tanam pokok nanas.
nanas x ikut musim, selalu je berbuah.

pokok pisang
ni pun banyak kat belakang rumah, tapi lembu selalu makan daun pisang.
padahal ayah aku selalu je bagi makan kat lembu tu, tapi still nak makan daun pisang mak aku ni.

pokok cempedak
sangat enak bila digoreng ye *laparrrr

pokok kelapa
ayah selalu panjat pokok ni sebab nak ambik air nira/air tuak

pokok rambai
dah xde sebab kena tebang nak sambung rumah :P

pokok katak puru
sape pernah makan buah ni?
ke ada yang tak taw ni?
buah dia xde la sedap sangat tapi lau makan dengan asam sedap lah.
selalu berbuah lebat dan itik rumah aku pun suka makan, haha



PEDOMAN


can you help me click this link -----> HERE

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai

Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa

Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman

Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman

Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Berubah...

Manusia berubah...
Manusia akan berubah.
Aku juga manusia, aku juga mungkin dan akan berubah.
 

Mungkin seseorang itu akan berubah ke arah kebaikan dan juga kejahatan.
Apa yang aku harapkan, semua orang akan berubah ke arah kebaikan.
Aku cuma mampu berharap.

Life doesn't change but people do, so learn to accept that not everybody is who you thought you knew.

 Kenapa perlu menghalang seseorang itu untuk berubah?
Ya, kamu perlu halang jika berubah ke arah kejahatan, tapi bukan kebaikan.


Aku perlu berubah untuk perbaiki kehidupan aku yang serba kekurangan.
Tolong jangan halang aku dengan kata-kata yang boleh buat aku hilang hormat pada kamu.
Pergi lah kamu dengan caramu, dan aku dengan cara aku.

Tolong hormati aku sebagaimana aku hormati kamu, kawan.
Aku x mahu melukai sesiapa lagi.


p/s : musim dah berubah, sekarang musim buah ! hoorayyy =D

First Time Jawab Exam masa Tengah Sakit ! ! !

YES ! aku dah habis exam, untuk sem ni je.
tadi last paper, paper subjek MUET.

tapi, aku x boleh concentrate time jawab exam tadi sebab aku diserang !
diserang oleh angsa ganas gastrik x guna tuh !
geram betol, ni first time taw jawab exam time sakit :(

dari semalam lagi sakit, aku xtaw pun aku kena gastrik, kawan aku yang cakap.
memang tak tido la aku semalam, nasib baik ari ni x berapa ting tong kepala aku.

sebelum pi dewan, aku pi makan dulu sikit.
baru lega aku punya perut, tapi still sakit la.

paper tadi 2 jam, tapi aku jawab sejam je *bajet pandai
lepas abis je, aku terus keluar, gila nak mati rasa dia punya sakit tu.
nasib x pengsan je.


aku rasa aku kena gastrik sebab makan x teratur.
yela, aku sorang je dalam bilik xde orang teman makan.
aku kan gedik suka berteman ke mana pun :P

so korang, jangan skip makan taw.
aku pon, learn from mistake, haha


Karaoke, Sushi King, Teluk Cempedak

ada beberapa hari je lagi aku kat Kuantan ni.
tinggal lagi 1 paper, then boleh chow dari sini.
aku nak balik Kelantan, tapi dipaksa oleh kakakku untuk balik ke Johor =.=

bila dah nak cuti sem, aku n the geng akan buat satu kenangan.
hehehe, kenangan lah sangat kan.

hari Rabu, 9/5 lepas je paper abis kul 3.30 kitorang siap2 then terus kuar.
our first destination is karaoke kat Terminal Kuantan.
semua kaki karaoke, memang wajib la karok dulu =D

bilik yang amat selesa dan luas

they made my day, thanx korang. mmmuah =D

the owner of this blog =D

so, dua jam dok karok, kitorang gerak ke ECM.
makan la, apa lagi kan.
kitorang makan kat sushi king, tapi x makan sushi pun.

before makan, kena lah bergambar dulu

waiting~~

jom makan, set Piri-piri. sangat sedap :)

semua licin, muka kekenyangan

taw x, orang dok buat sushi tu asyik gelak kat kitorang sebab kitorang dok main suap2.
jeles le tu sebab xde orang suap dia :P

lepas makan ingat nak tgk movie, tp x jadi.
pastu kitorang gerak pi funfair.

siyes cakap aku dah berapa tahun x pegi funfair

here we are ~ Lala, Shiha, Yana, Mira~

orbiter yang buat aku rasa macam dalam final destination, time benda ni pusing laju gila aku redha je kalau mati

dorang yang x pernah pening, sambung naik buai. aku dah mabuk

lepas hilang semua pening muntah semua bagai, kitorang gerak pi Teluk Cempedak pulak.
one of my feveret place at Kuantan.
sebab aku suka pantai, even kawan2 aku cakap TC ni boring tapi x pernah rasa boring.
tapi malam tu x sempat makan ikan bakar sebab kitorang sampai sana dalam pukul 12 camtu.

cantikkan bulan tu
hasil dari camera digital Olympus Yana, saja main2 then jadi bentuk macam jari telunjukkan.
cahaya tu dari bulan, kitorang gerakkan kamera time snap, tu yang jadi bentuk macam2 tu.

setelah beberapa kali try nak buat love shape, finally we make it =D
even x cantik, tp not bad la.

nasib baik ada bulan, boleh la buat art sikit, hahaha
banyak lagi corak yang kitorang buat, tapi aku malas upload :)

lepas penat buat art, kitorang pi makan kat Benteng.
tempat tu dekat dengan HTAA.

pergi TC balik, lepak2 sambil makan McFlurry Horlick :)
pastu kitorang tido atas pasir disaksikan bulan yang indah itu.
pukul 7 pagi baru bertolak balik hostel.

p/s : it was an awesome moment ever =D