Followers

Hip Hip Hooray ! Musim Buah Lah

entry pukul 12, tetiba datang mood aku nak menaip entry bila teringat pokok2 buah kat rumah aku ni sedang mengeluarkan hasil, hoyeahhh !

rumah aku kat kampung, so banyak la pokok2 buah kat rumah ni.
time musim buah, memanglah sangat heaven ye :)

meh aku listkan pokok buah yang ada sekitar rumah aku ni :P
tapi maaflah, aku akan ambik semua gambar kat google sebab xkan lah aku nak pi snap gambar memalam buta ni.

mau kena kejar dengan ba alif ba ya. 
kampung, biasa lah. memang ada natang tu :P

pokok rambutan
kat rumah aku ada 2 pokok rambutan, semua berbuah lebat sampai sedekah kat orang sebab memang xkan habis untuk kitorang satu family.

pokok manggis
pokok manggis ada satu je, pokok dia rendah je. boleh capai dengan tangan buah je kalau nak ambik buah.

pokok langsat
feveret aku buah langsat ni, kalau aku ada kat rumah memang aku la yang tukang habiskan buah ni :P

pokok durian
mesti ramai suka buah ni kan, aku suka gak tapi xde la giler sangat.
sekarang dah tinggal 2 pokok je, dulu ada 4 pokok.

pokok ciku
 berlambak pokok ni kat rumah, dulu aku suka giler buah ciku ni tapi sekarang dah lama x makan even ada kat depan rumah.

pokok nanas
sekeliling rumah aku ada sebab abang aku dulu meroyan dok tanam pokok nanas.
nanas x ikut musim, selalu je berbuah.

pokok pisang
ni pun banyak kat belakang rumah, tapi lembu selalu makan daun pisang.
padahal ayah aku selalu je bagi makan kat lembu tu, tapi still nak makan daun pisang mak aku ni.

pokok cempedak
sangat enak bila digoreng ye *laparrrr

pokok kelapa
ayah selalu panjat pokok ni sebab nak ambik air nira/air tuak

pokok rambai
dah xde sebab kena tebang nak sambung rumah :P

pokok katak puru
sape pernah makan buah ni?
ke ada yang tak taw ni?
buah dia xde la sedap sangat tapi lau makan dengan asam sedap lah.
selalu berbuah lebat dan itik rumah aku pun suka makan, haha



14 comments:

♥ Ain ♥ said...

wahhh rambutan ! nyaum nyuumm . sodapp eyh !

Boni JLL3 said...

huwargh!!! manggis tu!!!

KorN said...

huaaaa banyak nye buah.. tapi kan, knape semua buah masih muda2... hehe... kne tggu lagi bbrapa minnggu.... pokok katak puru tu, kat tmpt korn panggil buah nanam...

kura said...

pokok katak puru? firstime dengar dan tengok :0

hafiz hafizol said...

Buah Ciku n katak puru tu dah lama x makan... haritu salu kait buah ciku gosok2 ngan sabut kelapa pastu peram ... huhu.. skerg pokok ciku dh kena tebang.. sob sob.

sis92 said...

nak balik umah atok ada banyak buah sbb kt ada dusun tp atok dh takda hmm :(

hazman fadzil said...

hurmmm... 1st time nampak rupa pokok katak puru tue... sungguh unik laaa

Sally Yatiey said...

Bestnyaaaa musim buah. hehe. Pokok katak puru ? Tak pernah dengar & tengok pun sebelum ni. hehe :D

Amanina said...

wahh, buah katak puru.. sodappp tu. hihi

ascil.punye.lah said...

banyak gila buah buahan.family kita suka lah.kita tak makan buah =(

widiea azira said...

0hmai duriannnnnnnnnnnn

Selendang Merah said...

wah bykna buah-buahan..nak2..

remyhazza said...

wah.... dh mcm mardi dah.... semua buah ada.....

Myra Jay said...

Bestnya bila tiba musim buah, menikmati hasil kebun memang sedap ;)