Followers

Update Jugak La

Assalamualaikum

Lama giler x update blog sebab malas. Bukan xde masa, tapi xtaw nak update apa. So, entry ni aku cite time aku dok praktikal kat Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh(PPDPP) je lah. 

Aku dok sana 12 minggu, rasa nak nangis je. Nape x buat 2 minggu je kan =.=
Mula2 masuk memang x best giler sebab xde yang kenal pun. Aku ni dah la jenis pemalu plus pendiam, haha :P





 Ada yang masuk awal seminggu dari aku, semua dari Uni lain2. Budak2 praktikal kat situ ada 15 orang including me. Giler ramai =='
Tapi dalam ramai2 tu sorang je kumbang, konon lelaki melayu terakhir la, haha

 time ni buat majlis perpisahan sebab ada sorang kawan kitorang dah abis praktikal, dia yang first abis. sunyi kot bila dia xde sebab dia yang paling banyak cakap.








gambar2 kat atas ni time kitorang pergi melawat sekolah, urus event, ikut cikgu2 bagi talk. best giler kot. sampai ada budak2 sekolah panggil kitorang cikgu, hehe.

ada sekali tu ikut staff pergi bagi ceramah untuk budak2 yang nak UPSR, dorang buat kat tepi pantai. kitorang apa lagi terus pergi pantai posing2 sebelum masuk dewan, haha. sempat kan :P



time ni Unit Kewangan buat jamuan Hari Raya, buat kecik2 je sebelum jamuan besar-besaran diadakan. makan sama banyak dengan posing. malas nak letak gambar, banyak sangat.


Gambar kat bawah ni baru majlis Raya PPDPP dibuat secara besar-besaran, haha.

Antara makanan yg disediakan, ada banyak lg.

tu la supervisor aku, yang bagi markah penuh untuk aku, baik kan =D

 ni pulak Timbalan PPDPP

 semua aku melantak, kecuali laksa je sebab dah kenyang giler

 cikgu paling sporting, senyum je memanjang

kak Na, cantikkkan. yang kat belakang tu budak praktikal jugak, Zatie.
 big boss PPDPP, yang berdiri kat baju warna putih.
 eh tersama pulak baju, haha. ni cikgu Nik Leh. sporting jugak dia ni.
antara staff2 PPDPP.
 ni cikgu Wan, sebilik dengan cikgu Nik.

dia ni ustaz, ketua kat Unit Akademik, unit yang aku duduk sepanjang dok sana. tapi aku selalu je menghilang pi duduk unit lain, haha. mengular je kerja :P




x kenal pun budak ni, tapi dia friendly sebab tu aku snap gambar dia, haha

ada yang nak bersalin ke? haha

gambar kat atas ni time kitorang pergi berkelah la konon kat Lata Belatan, Terengganu. macam jauh je kan sebab kelantan terengganu, tapi dalam 40 minit je perjalanan.

tu je la kot. tunggu la 3 bulan lagi aku update entry lain pulak. sekarang dok menganggur kat rumah. nak kerja tapi mak x bagi kerja jauh2, acane tuh =.=


Ramadan Pergi, Tibanya Syawal

Assalamualaikum

Esok kita dah nak beraya, hari ni last day Ramadan :'( Entah sempat ke tidak nak sambut Ramadan tahun depan. 

Mood raya dah datang sebab adik beradik aku ramai dah balik, terasa kemeriahan :) Tapi aku xde baju raya lagi, aku xde mood langsung nak beli baju raya. Aku pun xtaw kenapa. Maybe aku dah banyak baju kurung. Lagi pun, time bulan Puasa hari tu aku dah buat 3 helai baju kurung kot. So aku consider tu baju raya aku, haha



Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada kawan2 blogger yang mengenali aku dan blogger2 lain yang x kenal aku. Mohon maaf kepada semua kot2 ada yang terasa dgn entry2 aku yang lepas2 kan. 

Kepada yang baru nak balik kampung tu, please pandu berhati-hati. Takpe sampai lambat pun, asalkan selamat. 

Riang Ria Raya bersama FCC =D

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

Macam mana persiapan raya korang? Mesti semua dah lengkap kan, ye la sebab raya tinggal berapa hari je lagi. Tapi aku takde baju raya lagi, awesome tak? haha. Ke ada yang senasib dengan aku? :P

But, don't be sad ok. Jom meriahkan raya korang yang tak berapa nak meriah tu dengan Farmasi Colour Cosmetic (FCC), confirm meriah punya =D FCC banyak bagi promosi sempena lebaran yang bakal korang sambut nanti. Jom usha sikit :)

FCC Raya Promotion



FCC Adorn Set :

• Look modest this coming Raya with FCC Adorn Set!
• Comprises of FCC NEW and HOT selling items at DISCOUNTED price!
• Here’s MORE!! For every purchase of FCC Adorn Set, get FCC Limited Edition Tote Bag* for FREE.
• PLUS take home FCC Limited Edition Money Packet*.
• We are VERY SURE it’s WORTH every penny spent!
Note:
• YOU may choose either one ONLY for item 1, 2 & 3 and YOU have the freedom to choose the color.
• It doesn't come with any gift box. It’s all loose items.
• *while stocks last

PROMO DURATION: 1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013

Awesome sangat sangat kan. And I really adore the Kohl Kajal Pencil, haul! So guys, grab the chance =D Semua dah cukup lengkap, ada BB@CC cream, maskara, eyeliner, lipstick, make-up remover dan blusher. Tak payah dah korang nak pening2 pilih.

FCC Duit Raya Fever :


           Turn your dreams into reality with FCC DUIT RAYA FEVER CONTEST! WIN RM 1000 CASH GRAND PRIZE!! or 5 x RM 200 Consolation Prize
·         Terms & Conditions:
-          Open to ALL with ANY purchase of FCC Product at ANY participating FCC outlets nationwide which includes Retail Counter, Retail Partner & Online!
-          Valid for product purchase between 1st July 2013 to 4th August 2013 Only.
-          Not applicable for FCC Team.

Senang je nak menang, korang cuma perlu hantarkan :

- Nama penuh
- No. Tel
- Email
- Blog (kalau ada)
- Nama FB korang
*attach sekali bukti pembelian korang
PM kepada FCC FB Page  FCC (Farmasi Colour Cosmetics) tak pun korang emailkan je kepada marketing@naturalifesolution.com

Lepas tu korang buat la review sikit, komen ke, post gambar muka korang pakai product FCC ke, kalau nak lagi meletop, buat la video tutorial korang sendiri. Mana la taw, kot2 dapat jadi duta FCC, hehe. Jangan lupa pulak share kat FCC FB Page, nak share dengan kawan2 atau family pon boleh.

Contohnya macam vidoe kat bawah ni, korang boleh mekap macam Bella yang dalam movie Twilight tu, haaa jangan main2 taw.  jom layan kejap video ni haha =D



Dah join tu, jangan lupa LIKE FCC FB Page : FCC (Farmasi Colour Cosmetics) dan juga FOLLOW InstaGram FCC : FCC Malaysia. Kalau nak tengok lebih banyak produk FCC, korang boleh serbu website FCC di www.fcc.net.my . 

CONTEST DURATION : 1st JULY 2013 – 4th  AUGUST 2013Winner will be announced by 12th August 2013.



Cepat join! Mana la taw rezeki korang dapat duit RM1000 dari FCC kan, boleh la kita share kan *wink2. 

Oh ya, kalau korang ni suka online shopping macam aku ni, korang boleh dapatkan produk FCC ni kat website kat bawah ni :


ZALORA

HISHOP



So, kalau korang nak tanya anything, korang boleh hubungi 03-5191 1510/ 013-3834 522 atau korang malu2 kucing nak mengeluarkan suara, korang boleh la emailkan pertanyaan korang kat email ni  marketing@naturalifesolution.com

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!



RM 116.42

agak2 betul x aku teka haha 
just try my luck.


Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam. Selepas pada itu penyertaan akan di rijek bulat-bulat tanpa sebarang notis!!

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi 

Tempat pertama – Wang tunai RM500 
Tempat Kedua – Wang tunai RM300 
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100 
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50 
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30 
Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20 
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 
50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup



Cikgu, mana kerja saya?

Mira mesej:
"La, turun Unit Akademik kejap. Cikgu Hadi nak jumpa"

Tetiba aku nervous, dalam otak dok fikir nape cikgu Hadi nak jumpa aku.

Aku kan baru start praktikal kat situ, so x berapa kenal sangat staff2 kat situ. Kebanyakan kitorang panggil staff2 kat situ cikgu sebab semuanya asal jadi cikgu.

Pergi kat tempat Sue:
Aku : Sue, cikgu Hadi yang mana?

Sue : Tu, yang dok hujung sana tu.
      : Cikgu, ni dia Ieyla yang cikgu nak jumpa tadi.

Aku pun dengan sopannya berjalan menuju ke arah cikgu dengan jantung berdegup giler laju. Padahal takde pape pun. CIkgu Hadi just nak bagi kerja je suruh aku edit balik text yang dia dapat.

Cikgu Hadi : Saya nak mintak tolong awak edit text ni. Awak ada laptop x?

Aku : *hanya mampu mengangguk sebab suara x keluar disebabkan debor, haha

Cikgu Hadi : ok, dalam 5 minit lagi saya pergi kat tempat awak untuk transfer benda ni. Awak dok unit kat atas tu kan?

Aku : *angguk lagi =.=

Tunggu punya tunggu, 5 minit jadi 5 jam. So, aku just fikir positif. Maybe cikgu terlupa kot. Keesokannya, aku jumpa cikgu tu. Tu pun kat tempat punch card sebab dah nak balik.

Aku : Cikgu, mana kerja yang cikgu nak bagi saya. dari semalam saya tunggu. 5 minit cikgu sampai hari ni x sampai2. *tetiba berani bersuara haha

Cikgu Hadi : Oh sorry, saya busy sikit. ada meeting. next week la saya bagi eh.

Aku : ok cikgu :)

dan seminggu pun berlalu macam tu je, aku pun dah malas nak tanya haha. maybe dia dah siapkan sendiri kot :P

Praktikal kat sini memang best, tapi x banyak sangat kerja nya. So aku terpaksa la merayau ke unit2 lain untuk mencari kerja, kalau xde kerja apa aku nak tulis dalam log book tu kan.

Selamat Berpuasa :)
Next week dah raya, baju raya takde lagi yeay !


I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum (✿◠‿◠) 

Dah lama x join GA dari bloggers.
kali ni aku nak join sebab hadiah2 yang ditawarkan agak menarik.
so why not if I join, and who know if I win one of those prizes =D

klik banner utk join


GA ni dari salah sorang blogger yang femes ames, Nisa Kay :)


Syarat2 dia senang je, buat entry, follow or like sponsors, lepas tu submit entry. senang kan :) cepat2 join sebab tempoh utk GA ni seminggu je. 21 Julai 2013, 8.00 pm GA ni dah tutup.

selamat berjaya kepada sesapa yang join GA ni =D

Deluxe Crackers Cheese, senang dan sedap

Assalamualaikum ❀◕ ‿ ◕❀ 

Semalam aku buat cheesecake biskut, ala2 kek batik tp versi cheese. resipi ni aku ambik dari blog CikEpal :)

senang giler kot, sedap pulak tu. aku bukan nak puji aku buat sedap tapi memang sedap, tapi kalau yang kureng dengan cheese tu memang la cakap x sedap. aku ni, semua makanan aku telan haha



korang cuma perlukan 5 bahan je. Susu segar, cream cheese, susu pekat manis, biskut Deluxe Crackers dengan Nestum

tapi aku punya guna Oat, nak jimat punya pasal sebab cari nestum paket kecik xde, so aku ambik la oat yang paket kecik tu, hehe. rasa dia tetap sedap =D


ni la rupe biskut deluxe crackers tu.

kalau nak tengok cemana nak membuatnya, sila la terjah blog CikEpal :) beliau telah menerangkan satu persatu. korang patut cuba, sedap weh =D

tenkiu CikEpal sudi share resipi yang sangat senang macam ABC123 haha :P