Followers

Musim Cuti adalah Musim Kawen

Assalamualaikum (✿◠‿◠)

Haaa, sekarang ni mesti korang2 busy dok attend majlis orang kahwin kan, xpun korang sendiri yang kawen, hehe. kepada sesiapa yang nak kawen ataupun dah baru kawen tu aku ucapkan tahniah, doakan aku cepat kawen pulak ye, eh  :P

25 Mei hari tu, kawan aku kawen, sepupu aku pun kawen hari yg sama jugak, tapi sepupu kawen kat Kedah, tapi disebabkan ruang x cukup untuk aku ke Kedah, aku x pergi la majlis sepupu aku tu dan aku pergi ke majlis kawan aku. kawan sekolah menengah, kitorang lain2 kelas tapi boleh dikatakan rapat jugak la, hehe.

Afiq & Anis


gambar x banyak sebab aku malas nak upload. kawan aku tu pempuan, suami dia aku x kenal pun. aku pergi pun x lama sebab pergi sorang. kalau pergi dengan kawan aku memang lama la aku dok sana, memasing busy, ada yang x balik sebab tiket abis. 

yang ni pulak sepupu aku, Hanif, yang kawen kat Kedah tu. gambar kureng sikit sebab nya aku xtaw sebab apa, haha. aku copy dari abg aku je. asal usul gambar tu aku xtaw dari sape. sorang lagi sepupu aku, Hafiz abg kepada Hanif kawen 30 Mei, aku x pergi jugak sebab ada hal, hehe. gambar pun xde.

pastu 1 Jun, kawan kakak aku kawen, aku kenal dia dan rapat. aku panggil dia kak Intan, tapi aku x dapat pergi sebab rumah dia jauh. aku ingat dia still stay kat rumah lama dia. 

apa pun, aku ucapkan tahniah pada semua pengantin2 baru ni. moga kalian bahagia dan kekal ke akhir hayat. moga dijauhi segala perkara2 yg x diingini dan semoga dapat baby cepat, hehe. best nya ada baby =D


9 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

cantik betul pengantin perempuan tu.. wahhhh selamat pengantin baru, semoga bhgia hingga ke syurga.. amin..


tau xpe, kat rumah ena ni dah satu balang kueh bahulu dapat dari kenduri... xtau la nk buat pe bnde tu byk2... ena bukan suka

Cik Yatt said...

minggu depan kawan sek yatt kawen..tak sabar nk pi..

Sharinginfoz said...

Ramai betul yg kahwin

Fyna Ahmad said...

betul2. kadang2 sampai tak tahu nak g kenduri yang mana satu ^_^

potia casadelarossa said...

selamat pengatin baru Lala... kata nak kawin cuti ni... penat tunggu lala... baik hantar saya balik umah mak ayah saya cepat!!!!

Ara Afiq said...

musim cuti skolah mmg byk kenduri. ari2 makan free gitu. hehe

Syahira Adisa said...

baru juga pergi kenduri kahwin aritu. hahaha. kalau lala kahwin nanti jangan lupa jemput shaa ye (:

xila xotmy said...

siyesly warna kombinasi dia cantiksssss!

adatopik said...

Masa cuti baiklah buat berkahwin, sangat tepat untuk honeymoon.