Followers

Istanbul Aku Datang vs Budak Pailang

Assalamualaikum  (◕‿◕✿)


cite ni dah lama, tapi aku nak cite jugak.... and I know u will read this, right? haha. ni sebelum aku balik cuti sem lagi, time ni tengah final. lagi pun aku ada dua paper je untuk final sem ni, hahaha, jeles x   sebab tu aku boleh suka hati keluar tu haha

ada sorang hamba Allah ni, aku kenal dia pun melalui alam maya ni jugak. dah lama kenal dia, tapi dalam ni je la, pastu tetiba dia ajak aku keluar. aku pun agak kepelikan di situ ye. dia ni dok kemaman, so dekat jela dengan kuantan tu kan. 

mula-mula dia call aku, tapi aku luap nak save no dia. 

Dia : Hello, assalamualaikum ila.

Aku : Waalaikumussalam, sape ni?

Dia : Haih, xkan x kenal dah kot. Xpe la kalau dah x kenal. bye...

Aku : Okbai... 

Dia : eh eh kejap, xkan x kenal kot?

Aku : x kenal la, kalau kenal buat apa tanya. 

Dia : garang betul. (pastu dia bagitaw nama dia)

Aku : owh, cakap la awal2, hurghhh !

Dia : awak free x esok? saya nak ajak awak teman saya jalan2 kat kuantan.

Aku : ummm, entah la. nanti kalau saya free saya bagitaw awak nanti. rasanya esok ada kelas la.

time ni aku memang x sure lagi lecturer aku tu nak buat kelas ke x, sebab dia pun tengah x sihat. lecturer aku tu banyak kali ambil cuti sebab dia selalu sakit, sebab tu dia buat kelas time exam.

Dia : kalau x boleh cakap je la x boleh. saya xnak awak bagi harapan kat saya. kan saya tunggu2, nanti awak cakap x boleh. lagi saya sakit hati.

Aku : suka hati awak la, k la, bye.

dalam pukul 9 malam dia mesej aku, tanya aku dok buat apa. pastu minta maaf pasal hal tadi la, bla bla bla... aku layan kan je la. aku balas mesej dia pun lambat2 sebab aku dok main game, hhahaha... sape suruh kacau aku main game, last2 aku x balas terus sebab terlupa :P 

kul 2 pagi kalau aku x silap, time tu aku tgh siap2 nak menidurkan diri, tetiba fon aku menjerit. dah dok tepi telinga aku, memang terkejut la. pukul 2 pagi kot, semua dah tido, mana x terkejutnya. rupanya dia yang call. aku rasa macam nak ketuk2 je dia guna fon besi aku ni 

dia cakap dia dah kat kuantan, tapi jap lagi nak balik kemaman. dia tanya aku lagi aku free ke x. aku jawab la aku free sebab lecturer aku mesej dia cakap nak buat lusa pulak. aku pon setuju nak kuar dengan dia sebab aku pon dah seminggu x kuar dari kolej kesayangan aku tu =.=

Dia : awak nak kuar pukul bape esok?

Aku : x kisah la, saya ok je pukul berapa.

Dia : awak la set time, kalau awak cakap kul 9, saya nak gerak kul 8 dari kemaman.

Aku : pukul 12 la, xnak la pagi sangat.

Dia : ok, esok nak pergi mana?

Aku : esok je la tanya. saya dah nak tido ni.

Dia : ok, sorry ganggu. bye.

pukul 10 pagi esoknya, aku mesej kawan aku nak suruh dia hantar pi bandar kejap. aku xnak budak tu datang ambik aku sebab dia x kenal kolej aku kat mana, kan satu hal pulak aku nak kena bagi arah tuju.

kawan aku cakap tgk dulu sebab kete dia ada org guna. pastu aku mesej lagi sorang mintak tolong, dia cakap dia bz. kalau kul 2 boleh la. pastu aku tunggu je la kawan aku yg tadi sebab dia cakap maybe org tu guna sampai kul 12 je.

tunggu punya tunggu, end up nya budak tu jugak yang datang ambik aku. tu kira first time la aku jumpa dia. dia cakap dia naik kete viva. aku memang ada nampak viva kat depan tempat yang aku tunggu tu, tapi x sangka dia sebab cepat sangat sampai.

pastu dia mesej "cepat la comel, dari tadi saya tunggu". aku pun buat muka selamba masuk kete dia. dia ni punya la banyak cakap, dok cite pasal adik dia la, itu la ini la. aku hanya jawab, ohhh yeke, ummm, owh patut la. tu je, aku xtaw nak cakap apa, haha....

dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap la x kisah sebab dia yang bawak kete. pastu dia cakap nak pergi megamall, aku pun ikut je la. tapi satu je yang aku x suka megamall kuantan tu, time nak masuk parking kena lalu jalan pusing2 tu. sangat x suka.

time aku kuar dengan dia, aku pakai baju kurung, sebab kolej aku memang mewajibkan pakai baju kurung kalau nak outing. dia cakap aku sopan je pakai baju kurung, bunyi macam sindir tapi dia cakap dia suka. ah lantak dia la, yg penting aku tutup aurat, hahaha

sampai je sana, dia cakap dia lapar. so aku teman la dia makan, aku pun makan la jugak. time tgh tunggu makanan sampai, ada sorang kawan dia datang, org cina. aku buat2 tgh mesej time tu, dorang pulak seronok dok berbual dan aku macam tunggul je kat situ. sampai la makanan habis baru kawan dia blah.

lepas makan, dia ajak tengok wayang. dia ajak tengok Budak Pailang. tapi aku xnak, aku x suka cite macam tu. cite macam apa je...

Dia : awak nak tengok Budak Pailang x?

Aku : eiii xnak la. x minat la.

Dia : habis tu nak tengok cite apa?

Aku : macam xde cite best je. xyah la tengok wayang. tapi Istanbul Aku Datang tu macam best je.

Dia : ummmm

pastu dia terus pergi beli tiket, aku ingat dia nak beli tiket Budak Pailang, dalam hati aku cakap memang aku tido la kalau tengok cite Budak Pailang tu. Dia datang bawak tiket, dia suruh aku pegang, aku tengok tajuk kat tiket tu Istanbul Aku Datang, aku tanya dia nape beli cite ni. dia cakap kakak yg jaga kaunter tiket tu cakap cite ni best, sebab tu dia beli. whatever la, tapi nasib baik jugak, haha

cite tu start lagi sejam, so kitorang turun bawah balik pergi kat jualan buku sebab ada sale kat kedai buku Popular. tapi bukan dalam kedai, dorang buat kat ruang legar dalam mall tu. aku pun beli buku jugak, harga sebenar RM30 tapi less sampai dapat RM5.90. murah kan,,,,

dia ajak pi main game kat atas, aku pun ikut la. dia tukar coin sampai RM10, sape la nak main banyak tu. dia suruh aku habiskan, dia suruh aku main game2 yang ada kat situ. aku pun ajak dia main satu game tu, tapi aku lupa nama dia. tapi dia yg menang, aku ingat dia x reti main =.=

pastu dia nak tunjuk hebat, dia pi main tumbuk2 ala2 bertinju kot. tapi dia dapat sikit je markah, alasan dia, dia dah lama x main, hahaha. pastu aku ajak dia main tembak2, mula2 dia xnak, pastu aku cakap sape suruh tukar coin banyak sangat. last2 dia main jugak tembak2 alien tu, tp dia kalah, aku yang menang yeay !

pastu apa lagi entah kitorang main, sedar2 lagi 5 minit wayang nak start. nasib baik tempat game tu dekat je dgn wayang. dia pilih seat paling atas, apa la dia ni, haih... tapi best jugak taw. dia cakap dia x suka cite2 macam ni, tapi aku dgr suara dia la yg paling kuat bila gelak dalam panggung tu.

wayang dah habis, aku ajak dia balik sebab dah kul 6, aku kena masuk sebelum kul 7, dia suh aku tunggu kat bawah lepas tu dia call dia cakap dia lupa letak kete kat mana. sewel betul mamat ni. aku cakap aku nak naik, sebab aku ingat. dia cakap xpe la sebab dia dah jumpa padahal x pun. lama jugak aku tunggu kat bawah tu.

dalam kete, dia buat pengakuan, haha... dia cakap dia memang datang sini nak tgk cite Budak Pailang dengan aku, tapi aku dah x suka, dia terpaksa tgk cite lain. kesian pulak aku dengar. dia cakap balik ni dia nak ajak adik dia pi tgk kat Mesra Mall pulak, hahahah

otw balik tu, dia sibuk dok mesej. aku x heran pon. pastu ada sikit pergaduhan berlaku kat situ, hahaha... lawak pon ada bila pikir balik geram pon ada jugak 

Dia : pompuan ni dia memang suka mengarah ngarah orang eh?

Aku : yeke? ntah la, saya pon x pasti. tapi saya bukan macam tu kan.

Dia : eleh, awak pon sama la. awak nak kuar time tu la, awak nak pergi sana la.

Aku : ewah ewah, bukan awak ke yg suruh saya set time. tadi saya tanya awak nak pergi mana awak cakap ikut saya je kan, tapi awak jugak yg pergi megamall tu, saya x suruh pon (panjang lagi aku membebel, aku pon x ingat apa dah)

Dia : ok ok, saya xnak gaduh. sekarang ni saya nak hantar awk dengan selamat je ok.

Aku : haaaa taw pun salah.

Dia : yela2 saya salah.

aku memang garang dan aku memang suka melawan. tapi bukan dengan parents aku la. kalau tanya kawan2 aku, mesti ada je benda yang aku nak lawan even aku salah, hahaha. tapi aku xde la lawan cakap betul2 sebab aku taw aku salah, aku just nak buat kawan2 aku hangin je... last2 dorang pon malas layan aku haha :P


penatnya menaip panjang2 ni, tapi best jugak. kalau aku baca balik mesti gelak sorang2. dah xde orang baca aku je la baca kan. dah la xde gambar kan, haihh... aku memang kureng sikit ambik gambar guna fon, kalau ada kamera memang laju je aku snap gambar...



9 comments:

✿A I N A A✿ said...

acecece, kenangan ketika bertemu ye dear?? ena kenal rapat dengan tunang ena melalui internet juga.. hehehe

Pen Biru said...

salam..baru sempat BW.budak pailang sesuai utk lelaki..pening kepala tgok assyik gaduh je..nasib baik tgok instanbul..romantik gilee.

boni kacak said...

hahahahhaa..selamber je awak sewelkan mamat tu..hahahaha

Hanif Idrus said...

Berani gak awak jumpa dia..hehehhe
Siap ler blogger tu yek...

Aida Omar said...

jeng3 siapa tuan badan 'dia' tu? berani gila lala jumpa eh.. kalau aida memang tak lah. haha..

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

miss niedNied said...

tergelak baca entry ni.. huhuhu u r so slumber lahh!! eheee

CekbOlat-bOlat said...

hahaha . kesian pun hado dkat budak tu .
asal lala buat cm tak endah je kt die ? haha

Hahazirah Througheart ∞ said...

singgah sini~ ^^