Followers

Cita-cita aku bukan Chef

sape cakap aku nak jadi chef?
x pernah terniat pun dalam hati ni nak jadi chef.

tapi aku memang minat memasak.
masak tu la, masak ni la.
tapi x semestinya aku nak jadi chef.

memasak ni seronok taw.
lagi-lagi bila ada orang puji masakan kita, betul x?
mesti kembang punya hidung tu kalau dah orang puji kan.

aku kalau masak nasi tu dah pro sangat, haha
masak air dengan maggi apatah lagi.

tapi kan, aku suka makan sardin yang aku masak sendiri.
nak kata sedap giler xde la sangat.
kalau orang lain masak, susah aku nak telan, aku pon xtaw kenapa.
padahal makanan lain boleh je aku telan.

aku pun pernah buat kek taw.
kek coklat & cheesecake.
meroyan sangat nak makan cheesecake sampai buat sendiri.
boleh la tahan sebab first time buat pastu ikut resipi bulat-bulat tanpa ada orang ajar.

kek coklat dah bnyak kali buat, kalau korang makan pun xde la masuk toilet.
aku suka buat kek coklat moist kukus, sedap weh sebab aku suka letak coklat banyak2.

dalam banyak benda yang aku masak sendiri, parents aku paling suka triffle yang aku pernah buat.
aku sendiri pun sempat makan sikit je, bangun pagi tu nak makan tengok bekas dah kosong.
sedih la jugak, tapi hepi sebab dorang suka. =D

nanti aku balik ni, aku nak buat kek lagi.
lau nak datang la rumah :)
semester depan aku dah dok rumah sewa, dapat la buat kek untuk housemate.
sape dok area kuantan, jemput la datang rumah ye =D

p/s : dah boleh kawen kan?haha

14 comments:

Ziela Rafie said...

waaa.. Ajar saya buat kek coklat boleh ?..hehe

AdilaAzmir™ said...

triffle tuh mcm sedap je. tuh lah yg bangun pg terus kosong je. hehe:)

Pen Biru said...

sy pun suka masak.tapi skrg ni dh malas..heheh

Onitsuka_hana said...

waaah. suka memasak.hana xsuka masak. Ada x rahsia yang buat kita rasa minat nak masak?

Nurul Faiz Bikers said...

rajinnnya adik akak ni...
btw, sardin itu nampak sedap.
nyum nyum..

kura said...

memangg. memang boleh kawen punya dah ni. nak book boleh? aww. haha

Boni JLL3 said...

serius kek coklat tu sangat2 menarik..tulun buatkan saya satu..

LaLa mhdnor said...

@Ziela Rafie Lala pun tgk resipi je, hehe

LaLa mhdnor said...

@AdilaAzmir™ tu ambik kat google je, kite punya x cantik cam tu, hehe

LaLa mhdnor said...

@Pen Biru jangan malas2, hehe

LaLa mhdnor said...

@Onitsuka_hana xde rahsia la,hehe. dah memang minat tu wujud dalam diri =D

LaLa mhdnor said...

@Nurul Faiz Bikers hehe, maceh kak =D sardin memang sedap pun, haha

LaLa mhdnor said...

@kura yeke? hehe, ingat tiket kapal terbang ke nak book2 ni :P

LaLa mhdnor said...

@Boni JLL3 boleh je, nanti Lala post kan eh =D